Tuesday, November 1, 2011

Assamualaikum n hi!
This is my last post because I already have a new blog, Life is INFINITY. Sesapa yang nak follow to know about my life boleh la follow kat blog tu. Taktau nak tulis apa lagi for closing ceremony kan, so sekian terima kasihlah.

Monday, August 15, 2011

Interview Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Assalamualaikum...and hi!
Hari ni genap dah setengah bulan kita berpuasa. Ada yang cukup 15 dan ada yang tidak. Kenapa tak cukup? Seruan alam datang, mana nak boleh elak kan.

Cukup dah kot untuk mukadimah, sekarang masa untuk aku citer pasal interview SPA yang berlaku pukul 8.00 pagi tadi. Malam before tu, laptop buat hal. Mogok apa ntah. Taknak on. Tu ada aura nak aku belanja dia untuk pergi rawatan spa kat kedai komputer la tu. Mentang-mentang la budak kat kedai komputer tu hensem. Aku dah mula merepek.
So, after sahur, aku buat la setakat yang mampu and Alhamdulillah, laptop dah boleh on. Aku pun start la study semua pasal interview ni and abaikan mata yang berat macam peti ais tergantung kat kelopak mata.

Pukul 7.15 bertolak and sampai tepat pukul 8.00 pagi kat tepi pagar Wisma Persekutuan Alor Setar. Kalut punya pasal, aku parking je motor aku sesuka hati sebab bandaran tak start lagi kot kerja membawa motor2 yang bersalah pergi bersiar-siar naik lori bandaran pukul 8.00 pagi.

Naik pejabat SPA, pergi kaunter, and pagi-pagi dah dikejutkan dengan leteran pakcik kaunter sebab aku tak bawa sijil UPSR and PMR. Mana aku tau kena bawa sebab dalam surat hanya mention pasal SPM jerr.

Aku orang ketiga untuk diinterview.

Aku : Assalamualaikum puan
SPA1 & SPA2 : Waalaikumussalam. (berjabat tangan) Sila duduk.
SPA1 : Please introduce yourself in English.
Aku : *lupa nak prepare pasal benda basic interview ni, agak tergagap-gagap la* My name .... bla bla bla bla
SPA1 : *dengan muka terkejut* Kamu study Alevel kat UCSI, untuk medic, under JPA ??? Y u're here??
Aku : bla bla bla * aku citer semua hikayat aku pasal Alevel semua*.
SPA2 : Kamu tahu tak pasal pembantu pembedahan pergigian. Ni hanyalah sijil bukan diploma and you akan start from below. Kamu sepatutnya dapat yang lebih baik dari ini.
Aku : Yes, I know after I google pasal latihan ini. And I realised that, yang ni hanyalah sijil, bukan diploma. Tengok kat pembedahan tu, ingatkan gempak la. Padahal biasa je. Saya datang ni pun sebab ingatkan dapat tukar latihan.
SPA1 : Owh, tak bole tukar la.  And kami takkan terima kamu sebab result SPM you terlalu bagus untuk ini. Maybe kami akan panggil kamu semula lepas raya untuk peringkat diploma. Tapi I suggest you pergi sendiri kat UM, UKM, UPM, UiTM, buat rayuan. Bila pergi sendiri ni kemungkinan diterima tu tinggi.
Aku : Thanx...*dalam hati berbunga-bunga sebab ada orang yang paham keadaan aku*

And tu sajalah pengalaman interview SPA aku. Takda keluar langsung soalan pasal latihan pembantu pembedahan pergigian. More to sembang-sembang and sesi beri nasihat. Aku cakap pun main redah je takda langsung ciri-ciri skema time interview.Aku rasa, inilah interview paling best dalam hidup aku setakat ni.