Monday, December 13, 2010

Term break 1

Agak lama aku tak update blog. Macam biasa, tahap kemalasan aku semakin naik tapi masih di tahap yang boleh diselamatkan lagi. Tambah-tambah sesi pembelajaran dalam kelas untuk program A-Level ni sudah tamat riwayatnya tanggal 10 Disember 2010. Tapi aku dengan rileknya telah buat cuti sendiri iaitu start 9 Disember 2010. Apa boleh buat, aku nak jimatkan masa aku. 10 disember ada satu kelas je, kelas Math Sir Derek yang super coolioo. Kalau aku pergi kelas je sama ja keadaan aku tak pergi kelas sebab still aku akan main-main macam kanak-kanak tadika dengan classmate aku yang super sengal jugak. Lagipun aku jatuh simpati dengan parents aku sebab nampak sangat dorang boring berkampung kat rumah aku. Biasa la rumah bujang, tv takdak. So, parents aku hanya makan dan tidur je duk rumah aku. Nasib baik ada anak sedara aku, Ecah. Boleh jadi penghibur Tokwan and Tokmak dia.

Sepatutnya aku study term break ni.Tapi buku A-Level pun aku tak sentuh lagi. Masih selamat landing dalam beg aku. Novel ada aku sentuh. Dah khatam pun.Petang tadi pun dah start merempit pergi kampung sebelah, jumpa rakan seperjuangan masa sekolah rendah dulu. Pergi bukan sebab rindu dia, tapi nak copy movies best yang dia download. Banyak betul. Berbaloi-baloi. Ada drama feveret aku,drama Korea and Japan. Silap tak bawa laptop, bawa pendrive je. Sempat copy tiga movie je. Esok akan aku angkut laptop aku ke rumah dia.

Rumah aku kat Kedah ni takdak internet sebab takdak sesapa pun yang guna internet dalam rumah ni. Nasib baik pak sedara aku murah hati bagi pinjam broadband dia. Akan aku guna broadband dia macam harta aku sendiri sebab aku akan bagi balik time dia mintak. Hahaha. Dia bukan lekat kat rumah selalu. Buat membazir je bayar tiap-tiap bulan tapi jarang guna. So, dengan adanya aku, berbaloi la dia bayar bulan ni.

Dapat juga aku online sekejap, update blog. Tak la boring sangat memerap dalam rumah. Ecah pun ada, boleh aku kacau hidup dia sepanjang  term break ni. Kesian jugak aku tengok Ecah, tak boleh tenang sikit. Mesti aku and adik aku kacau dia sampai dia menangis.Kalau dia boleh cakap, mesti dia dah sumpah aku jadi barang mainan dia.
 =)

Friday, December 3, 2010

Gila-gila revision week

Aku nak sangat pergi pantai kan before ni, nah ambik kau. Pergi Port Dickson tanpa apa-apa plan or paperwork. Tercapai jugak hajat aku nak cium air laut. Bukan setakat aku cium, aku minum sekali. Masin sangat. Kalau rumah aku tepi pantai, aku dah ambik air pantai tu buat garam. Pastu jual. Kaya aku. 
Ni kira first time kot aku mandi pantai. Pergi Teluk Chempedak dulu main pasir and rendam kaki je dalam air laut. Kat PD aku rendam satu badan plus main sukan air yang ada. Mula-mula main banana boat, ingatkan simple je la. Rupanya mencabar la jugak. Takut aku jatuh tengah laut. Drift jugak dorang bawa boat. 
Tapi paling tak boleh lupa plus sampai sakit leher, sakit tangan time main storm boat. Gila scary. Kalau tak pegang kuat-kuat, memang melayang tercampak tengah laut. Sakit leher, sengal-sengal sebab terhentak kat storm boat tu beratus-ratus kali. 
Biar sakit badan, asalkan tercapai la sudah aktiviti yang aku ngidam lama dah iaitu dating dengan pantai and main adrenaline rush. Puas..
Sekarang plan nak main paintball or futsal or both. Tapi tak cukup kuota, so kena postpone dulu.


FYI, intake degree aku bulan July 2011. Lambat lagi.And aku suka sesangat because at last aku dapat cuti yang panjang, then dapat cari kerja. Ambik lesen kereta, kumpul duit pergi vacation and beli camera. Habis final A-Level, January 2011. February start kerja. Best,best tapi aku tak cari lagi kerja. Berangan je dulu...
Tapi tak best juga setahun jugak terlewat degree daripada rakan sebaya. Nanti kawan-kawan dah enjoy duit gaji, kitorang still mengadap buku untuk habiskan degree. Tapi time tu boleh pow duit dorang. Think positive guys~~
Dulu after exam SPM, terus aku masuk UiTM Shah Alam, buat accountancy under sponsor MARA. Aku boleh excellent dalam bidang tu tapi aku tak minat. Padahal, aku tak excellent science pun, tapi dah aku minat. Kita akan lebih berusaha dengan ikhlas bila kita minat. So,aku pilih science.
Thats why kenapa aku tak ambik lagi lesen kereta. And aku juga tangguh PLKN aku. Maybe umur 23 nanti, kerajaan akan panggil aku untuk PLKN. Tapi aku tangguh pulak kot sampai umur 25. Hahaha XD


Actually sekarang revision weeks before cuti sem start. Tapi aku and the gang gunakan revision week ni untuk ponteng kelas, lepak, marathon movie and pergi vacation. Sangat otak dah damage sebab overdose study time trial exam sampaikan otak tak boleh interpret apa itu revision weeks