Showing posts with label mood. Show all posts
Showing posts with label mood. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Term break 1

Agak lama aku tak update blog. Macam biasa, tahap kemalasan aku semakin naik tapi masih di tahap yang boleh diselamatkan lagi. Tambah-tambah sesi pembelajaran dalam kelas untuk program A-Level ni sudah tamat riwayatnya tanggal 10 Disember 2010. Tapi aku dengan rileknya telah buat cuti sendiri iaitu start 9 Disember 2010. Apa boleh buat, aku nak jimatkan masa aku. 10 disember ada satu kelas je, kelas Math Sir Derek yang super coolioo. Kalau aku pergi kelas je sama ja keadaan aku tak pergi kelas sebab still aku akan main-main macam kanak-kanak tadika dengan classmate aku yang super sengal jugak. Lagipun aku jatuh simpati dengan parents aku sebab nampak sangat dorang boring berkampung kat rumah aku. Biasa la rumah bujang, tv takdak. So, parents aku hanya makan dan tidur je duk rumah aku. Nasib baik ada anak sedara aku, Ecah. Boleh jadi penghibur Tokwan and Tokmak dia.

Sepatutnya aku study term break ni.Tapi buku A-Level pun aku tak sentuh lagi. Masih selamat landing dalam beg aku. Novel ada aku sentuh. Dah khatam pun.Petang tadi pun dah start merempit pergi kampung sebelah, jumpa rakan seperjuangan masa sekolah rendah dulu. Pergi bukan sebab rindu dia, tapi nak copy movies best yang dia download. Banyak betul. Berbaloi-baloi. Ada drama feveret aku,drama Korea and Japan. Silap tak bawa laptop, bawa pendrive je. Sempat copy tiga movie je. Esok akan aku angkut laptop aku ke rumah dia.

Rumah aku kat Kedah ni takdak internet sebab takdak sesapa pun yang guna internet dalam rumah ni. Nasib baik pak sedara aku murah hati bagi pinjam broadband dia. Akan aku guna broadband dia macam harta aku sendiri sebab aku akan bagi balik time dia mintak. Hahaha. Dia bukan lekat kat rumah selalu. Buat membazir je bayar tiap-tiap bulan tapi jarang guna. So, dengan adanya aku, berbaloi la dia bayar bulan ni.

Dapat juga aku online sekejap, update blog. Tak la boring sangat memerap dalam rumah. Ecah pun ada, boleh aku kacau hidup dia sepanjang  term break ni. Kesian jugak aku tengok Ecah, tak boleh tenang sikit. Mesti aku and adik aku kacau dia sampai dia menangis.Kalau dia boleh cakap, mesti dia dah sumpah aku jadi barang mainan dia.
 =)

Tuesday, November 16, 2010

Bengang

Exam Biology berjalan dengan lancar tanpa aku pengsan dalam exam hall as aku tak tidur semalaman. Ini la bahana study last minute. Sebulan before exam main sangat. Ponteng kelas lagi. Dah la aku tak study kat rumah. Kalau pergi kelas tu aku study la jugak.

Keluar je exam hall mood dah takdak. Maybe si invigilator exam hall tu terkutip sekali kot mood happy aku masa dia kutip exam paper. So, aku jadi macam nak tumbuk orang. Macam nak cari pasal dengan manusia sekeliling aku. Sorry la sesapa yang terasa dengan mood ganas aku ni. 

Sesapa yang tak boleh terima ucapan maaf aku ni, korang boleh luahkan ketidakpuasan hati korang kat aku. Jangan nak buat sesi kauseling dengan kawan-kawan korang then ceritakan ketidakpuasan hati korang kat mereka. Korang cerita kat mereka pun bukan boleh bagi effect kat aku. So, baik luahkan je kat aku then aku boleh perbetulkan mana yang tak betul and tambah mana yang kurang. Jangan cakap kat belakang aku. Aku tak selesa kalau orang tak puas hati dengan aku, cakap kat belakang aku then taknak tolong aku perbetulkan apa yang tak betul. Aku takkan marah kalau korang tegur aku. Aku juga takkan bakar rumah korang punya. Aku tak la sekejam tu. Malah terima kasih daun keladi kerana sudi kawan dengan aku and sudi tegur-menegur dengan aku.

Kita tak pernah sempurna kerana Allah Maha Sempurna. Manusia adalah insan and insan maksudnya lupa. Manusia ada salah silapnya. Tapi kita tak boleh ambik je keadaan ni tanpa berusaha untuk menjadi sempurna. Kalau kita tak berusaha, mana nak dapat hasilnya. Pepatah Arab "man jadda wajada" maksudnya sesapa yang berusaha akan dapat hasilnya. Pepatah Arab ni aku ingat since Form 1 kot as kena hafal la. Maybe akan keluar dalam exam PMR Arab. Tapi aku tak ingat keluar ke tak soalan ni.


p/s :: lirik ni tak kena betul dengan kebengangan aku dalam post ni. Tapi enjoy je la dengar akim bengang plak.