Saturday, May 22, 2010

Anak kunci syurga

Amalan wajib yang utama bagi orang Islam ialah solat kerana solat adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh ALLAH di Padang Mahsyar.
Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda “Anak kunci syurga ialah sembahyang”.

Dalam hal ini, mesti kita nak solat kita sempurna kan. Perkara yang susah bagi sesetengah Muslim ialah untuk mendapatkan kusyuk dalam solat. Salah satu cara untuk mendapatkan kusyuk ialah dengan memahami bacaan dalam solat.
Di sini ada panduan yang aku jumpa dalam internet.
Nak share dengan korang.

Maksud Bacaan Di dalam Solat Takbiratul Ihram

Takbiratul Ihram

Allah Maha Besar

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohonpertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

p/s : Renung-renungkan dan selamat beramal

Giler 4ever





Saya suka tengok jari awek saya
Cantik betul…sungguh!!
Sampai takut nak pegang ….
Bukan takut patah…
Tapi takut nanti jari kite orang tak bole tolong each other….
Disuatu hari yang giler forever
Depan yang Maha Esa

Saya suka tengok rambut awek saya
Cantik betul..sungguh!!!
Sebab tu saya belikan dia tudung
Bukan sebab tak orang lain tengok gak
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka.
Disuatu hari yg giler forever

Saya suka tengok body awek saya
Cantik betul…sungguh!!
Sebab tu saya belikan dia telekung
Supaya masa dia jumpa kekasih
Dia yang utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap-Nya
Saya pun tumpang dapat pahala
Pheh…syoknya…

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan coz rindu kat saya
Saya pon macm tu gak
Ade problem yang sama
Dia tanya ape ubatnya??
Saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa
Semoga lebih cintakan-NYA dari saya

Kesimpulannya saya memang sayang dia
Nak jumpa dia giler forever
Yang forever punya forever
Didunia dan diakhirat terutamanya
Janji nak share heaven bersama2
Bahagia selamanya
Semoga kami saling mengingati
Dosa sendiri pun infiniti
Nak tanggung dosa dia pulak lepas ini
Ya-Allah ampunkanlah kami
Semoga kami dapat bersama
Selamanya nanti…


p/s :: ni bukan karya aku. Ada orang bagi. Dia amik mana ntah. Mintak maaf sangat2 kalau ni hasil nukilan sesiapa, but I put this in my blog without your permission. Just nak share dengan pembaca2 lain. Sorry ye. Thanx. Jasamu dikenang.....

Friday, May 21, 2010

Love is addictive 1



Teenager 1 :: What?? Break up. U serius ke ni? U jangan main2 dengan I. I cintakan U sepenuh jiwa and raga I. Macam ni U balas cinta I. Why?? Why??

Teenager 2 :: Sorry... I dah jumpa cinta sejati I. Dia lebih memahami I.

Cinta datang dan pergi. Ni lah lumrah remaja bercinta sekarang. Perkara break up tu macam beli jam. Kenapa beli jam?? Sebab kita tak akan beli jam setiap hari, setiap minggu or setiap bulan kan. Kita beli jam bila perlu je. Macam break up la, bukan setiap hari,setiap minggu or setiap bulan kan. Maybe ada la, tapi jarang.

Bercinta awal kalau confirm nak kahwin, aku boleh terima. Tapi kalau nak mengisi masa lapang, yang tu aku tak terima. Bukan apa, bercinta ni akan membawa kita mendekati zina. Zina mata( melihat pasangan secara mengamati dan menaikkan syahwat ), zina tangan ( bersentuhan dengan pasangan, berpegangan tangan la yang paling common), zina telinga ( bercakap perkara2 lucah ) and yang sewaktu dengannya. Maksud zina di sini ialah zina kecil iaitu melakukan dosa.
Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"

Bagi yang tengah bercinta, mesti banyak ombak yang melanda. Pastu, bila ada masalah ja, terus down,down,down.... Macam hidup dah musnah. Dah takda tujuan hidup. Rasa lonely sangat. Pastu ada la kawan2 yang prihatin nak tolong selesaikan masalah. Selalunya, kenalkan kita dengan calon pasangan lain. And boleh plak kita terima and bercinta semula. Padahal masa bercinta dulu, "You are the only one" or "You la cinta terakhir I". See, cinta teenagers ni tak ke mana. Bercinta,break up, bercinta, break up then bercinta. Love is addictive. Tak best la. Nanti bila dah ada anak, anak tanya "Mama/Papa, dulu bercinta berapa kali??". Takkan nak jawab kat anak, "Banyak la. Tak ingat". Tak malu ke kat anak2. Ingat hebat ke bercinta banyak banyak banyak kali. Bagi perempuan, macam murah sangat diri tu coz boleh je couple dengan sapa2 ntah. Bagi lelaki, jangan la buat perempuan macam perempuan tu takda maruah. Cara kenal dengan couple tu biar la berhemah or gempak sikit. Ni kalau kenal melalui prank call, common sangat la. Murah. Cara kenal tu biar la macam kat.... Kem Biro Tata Negara ke kat library ke...berhemah la sikit. Nampak la kita ni berilmu.

Bercinta tu fitrah. Semua manusia bercinta kerana Allah kurniakan kita perasaan. Tapi ingat, cinta sejati kita hanya pada Allah. Kalau kita faham macam mana cinta kita kepada Allah, kita akan bercinta dengan pasangan kita dengan sewajarnya...

Monday, May 17, 2010

Hidup yg TAK effective...

Exam around the coridoor...
Kelas dah takda dah la sepanjang exam berlangsung.
Tujuannya nak bagi masa untuk student belajar. Tapi aku rasa most student will used this exam month as HOLIDAY time. Bagi yang exam dia start lambat lagi, dorang guna la time ni untuk balik kampung. Jumpa family and friends yang dah lama tak jumpa. Boleh la makan makanan yang mak masak. Masakan mak la yang paling dirindui sebab mana bole jumpa masakan tu kat kedai mamak even kat McD pun. Yang pasti aku jeles dengan statement ni coz aku dah lama tak balik kampung sebab gap exam aku selang seminggu. Takut tak study plak duk kat kampung. Yelah, kalau dah jumpa family and kawan sepermainan, buku sudah tentu dilupakan, ye tak?

Sebaliknya...

Kelas takdak, aku gunakan masa ni nak bangun tidur lewat. Selewat yang boleh la. Rasanya, kalau mak aku ada,mau dia jirus air panas kat muka. Dah la bangun lewat 1 hal, aku guna plak time ni untuk aku marathon hidden object games. Habis 1 games, aku download lain. Dan seterusnya. Online 12 hours non-stop. Nasib baik la lappy aku ni kebal, tak jadi apa2 walaupun on 12 jam without use fan. Alhamdulillah.
Time aku study memang hancuss la. Tunggang terbalik. Facing study books i think maybe less than 10 minutes then aku tidur, tengok tv takpun facebooking. Although facebooking getting bored, aku prefer facebooking than facing my study books.
Time tidur aku start 3 am la selalu sebab dah siang tidur macam tidur malam orang lain, malam perasaan mengantuk nak ada macam mana kan??

Memang tak effective betul hidup aku...sia2 je hidup




Monday, May 10, 2010

Stalker..Stalking...Normal la tu...


Remaja memang tak lepas la dari ada scandal dengan kawan or kenalan yang opposite gender. Normal la tu. Mesti la akan ada perasaan suka or minat dengan budak tu (someone yang kita minat tu) kan. Most of my frenz including me have crushing on someone. Normal la tu. Dah kita minat kat budak tu, mesti la kita nak tau hidup dia kan. Kalau budak tu study kat tempat lain, mula la nk stalk dia kat Facebook. Tengok wall dia la, tengok kawan2 yg selalu komen dia punya status and tak lupa gak tengok gambar2 dia. Bila ada kawan dia yang same gender dengan kita selalu komen wall dia, kita akan nak selidik kawan dia tu kot la ada apa2 ke dengan budak tu. Betul tidak?? Kalau ada gambar dia yang cute, dengan rasa tak bersalah save gambar tu dalam lappy kita. Aku mengaku aku pernah buat gitu once. Just one picture.
If anyone said that "stalker ekk??" and most replied is "i'm not stalking, but investigating". Ala2 CSI gitu. Padahal budak tu bukan buat apa2 crime pun.

Tak cukup dengan stalk dia punya wall, mula la cari schoolamate kita or sapa2 la yang kia kenal yang sama tempat belajar dengan dia. Even masa kat sekolah dulu tak rapat pun dengan schoolmate tu. Motifnya, nak tanya schoolmate tu macam mana life budak tu kat sana. Memang takdak perasaan malu pun. Normal la tu.. Tapi pandai2 la dalam memilih kawan untuk dibuat penyiasat persendirian tu. Mau dia canang pasal kita kat orang lain, malu bertahun2 kot. Pastu, taknak jumpa masyarakat kerana malu. Pastu, tekanan perasaan and terfikir nak bunuh diri.. Over la pulak aku ni. Tak kot. ^_^

Pastu, kalau ada kawan2 yang tanya soalan cepu mas such as "kau takda boyfriend ke?"
Skema jawapan bagi kes yang atas ialah "Takda, tapi aku ada la minat kat kat sorang budak ni bla... bla... bla......" Semua habis satu hikayat yang berkajang2 kita cerita kat kawan kita tu. Padahal soalan pendek je.."Kau takda boyfriend ke?" Tapi kalau kita tak cerita berkajang2 pun mesti kawan kita akan tanya and tanya lagi kan selagi dia tak tau the whole story. Baik kita cerita before dia tanya macam2. Normal la tu..



Bagi kes yang budak tu study tempat yang sama dengan kita....
To be continued la...
Coz idea belum cukup and bernas lagi..


Friday, May 7, 2010

FRIENDships

Friends are those ...

Who give you life
When times are hard

Who support you
When you feel you can't go on

Who provide shelter
When you're lost

Who make you feel wanted
When you feel rejected

Who accept you as a package
When at times you contradict yourself

Who light a torch
When darkness surrounds you

Who say it's all right
When you've made a mistake

Who calm your trembling hands
When fear surges through your heart

Who share the good stuff they encounter
So the moments last longer

Who understands your unexpressed feelings
Even when you remain silent

Whose presence calm you down
When you're uncomfortable with yourself

Who believe you can make an impact
When you feel even surviving is impossible

Who make you realize you can make a difference
When you doubt yourself

Who rekindle your hopes and dreams for the future
When you've totally given up hope

But most of all
Friends are those
Who really mean what they say.
And they do something
Not just for the sake of doing it
But because ...
Their hearts direct them to do so.
That's what we really mean when we say
"Hey, you're my best buddy, right?"


--

~ucsi-voiz~

Apa beza pakaian TUTUP AURAT dgn pakaian SOPAN?




Semalam aku dapat tajuk perbincangan yang agak best la kalau nak diikutkan. Tajuk seperti yang tertera di atas la.
Bagi pendapat aku, pakaian sopan ni adalah pakaian yang manis dipandang orang ramai. Contoh, minah free hair pakai baju kurung....sweet kan. Tapi tak tutup aurat coz dia tak pakai tudung. Pakaian tutup aurat ialah pakaian yang menutupi seluruh anggota badan selain muka and tapak tangan. Selain itu, pakaian yang tak jarang, tak longgar and tak ada lambang2 agama lain or picture lucah. Senang cakap, pakaian yang bole dipakai untuk solat lah.
Tapi bagi pandangan lelaki, minah tu tak sopan dari pandangan diorang coz minah tu free hair, menaikkan nafsu diorang. Rambut adalah salah 1 dari 99 perihal para wanita yang dapat menaikkan nafsu para lelaki. Antara perihal wanita yang menaikkan nafsu lelaki adalah kaki, dada, pinggul, tangan etc.. Bagi diorang, [pakaian sopan=pakaian tutup aurat].
*Conclusion: Salah 1 ciri2 pakaian tutup aurat adalah pakaian sopan.
Jadi, para wanita pakailah tudung and stoking. Piawaian pakai tudung, hendaklah labuh and menutupi dada. Susah sangat, sekadar menutupi dada la. Tapi kalau pakai tudung, baju short sleeve, still tak tutup aurat. Panjang kalau nak explain kat sini. Gambar kat bawah bole la sebagai guide korang...


Sama2 lah kita meng'islah'kan diri.

Wednesday, May 5, 2010

ke RAHMATULLAH


Hari ni merbokianz dikejutkan dengan berita tentang seorang ahli mebokianz telah kembali ke RAHMATULLAH. Setelah diselidik dari kawan2, baru aku kenal siapakah arwah. Arwah AHMAD FADLAN. Aku kenal arwah sebab arwah pernah berlakon citer "LOOKING FOR A RAIN GOD". Arwah pegang watak MOKGOBJA dan arwah dapat anugerah pelakon lelaki terbaik.

Yang mengejutkan aku, baru hari isnin hari tu aku naik satu bas dengan arwah. dari KUALA KANGSAR ke KUALA LUMPUR. Rasa menyesal la pulak sebab aku tak tegur dia. Tapi nak buat macam mana, ajal maut di tangan ALLAH. Kita yang masih hidup ni, boleh la doa2kan arwah supaya arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang soleh. Aminnn..

Yang hidup pasti akan mati. Kita tak boleh lari dari hakikat tu. Yang hidup ni kena la teruskan kehidupan. Life must go on. Masih ada peluang untuk kita kumpul bekalan ke akhirat. Jadilah anak yang soleh dan solehah yang dapat membantu ibu bapa kita di akhirat.