Monday, November 29, 2010

Mukhayyam Khoriji

 

Sabtu lepas join kem anjuran budak medik UKM. Aku seorang je senior wakil kolej aku and 2 orang junior. Aku tak kisah je sebab aku join kem ni dengan kehendak aku bukan sebab kawan or something else. First aku ingatkan berkhemah, as nama kem ni Mukhayyam Khoroji yang bermaksud perkhemahan outdoor. Sebaliknya kami ditempatkan dalam ala-ala chalet la jugak. 

Kem Sri Raudah, Gombak.
Tepi kem ni waterfall, air paip pun sumber dari waterfall ni. 
Memang sejuk segar la bak kata junior aku. 
Rasa macam nak tidur dalam waterfall.

Peserta muslimah semua budak medic UKM kecuali kami 3 orang. Muslimin pun kebanyakan budak medic UKM and rasanya ada seorang dua bukan budak medic UKM. Budak kolej kitorang paling muda 18-19, peserta UKM pulak antara umur 22-24.

Best kem ni. Terpikir kenapa la kolej aku tak anjurkan program rohani and fizikal macam ni.Aktiviti yang paling aku enjoy explorace and jungle trekking. Explorace kitorang pasal sirah Nabi. Tersangat la aku rasa jahil as kebanyakan soalan sirah aku tak tahu. So, aku jadi volunteer untuk setiap permainan kat checkpoint. Satu checkpoint ni kena cari guli dalam kolam yang kedalamannya setinggi ketinggian aku. Even aku tak reti berenang, aku volunteer diri sebab rasa bersalah biar kakak-kakak geng aku jawabkan soalan sirah. 

Jungle trekking best giler. Kitorang daki sampai ke waterfall paling tinggi. Air sejuk giler ditambah pulak air tu bersih lagi. Aku tak terjun la sebab aku tak bawa baju lebih. Kakak-kakak yang lain terjun je even tak bawa baju lebih. Aku hanya menikmati keindahan alam di samping dengar bunyi air terjun. Waaa....nak pergi lagi!!

Lain-lain aktiviti slot bersama penceramah jemputan and bbq. Banyak info baru yang aku dapat. Satu slot yang dinamakan 'curhat' yang bermaksud curahan hati. Sedih time tu. Rasa hina sangat aku sebagai makhluk Allah. Kenapa la aku tak jadi macam kakak-kakak UKM tu. Tengok dorang rasa macam jeles sangat. Dorang betul ada ciri-ciri muslimah terbaik tapi aku.....

By the way, kumpulan aku dapat tempat kedua untuk kem ni. Syukran ya ukhti, kita menang....
Maasalamah wa ilalliqa'. InsyaAllah..

Sunday, November 21, 2010

can i be a NERD?

I'll be a nerd soon... Tunggu tau
Dari dulu azam nak jadi budak nerd. For me, nerd means when
the person shy, 
always with a book,
alone,
less socialize with peeps, 
their room is a library and 
wear spectacles.
Tapi aku bukan la nak jadi nerd betul-betul seperti yang aku describe tadi. Aku teringin nak jadi seorang yang 
pendiam, 
pemalu and 
rajin study. 
Setakat ni aku tak boleh jadi pendiam sebab aku akan bercakap jugak selagi ada manusia di sekeliling aku even aku tak kenal manusia tu. Kalau aku tak bercakap, aku rasa macam ada yang tak kena. Aku pernah rasa, masa duduk sorang-sorang dekat rumah. Rasa macam orang gila.
Setakat ni jugak, kalau aku cakap aku pemalu dekat kawan-kawan aku, mana ada pernah yang percaya. Padahal aku seorang pemalu weyh. 
Rajin study?? Serius tak pernah menjadi. 
So, aku takkan dapat jadi budak nerd. Boleh kot, kalau aku takdak kawan. Kalau aku takdak kawan, serius aku jadi nerd betul-betul.
Tapi aku rasa akan menjadi nerd dengan adanya salah satu ciri-ciri nerd yang aku describe tadi.


Apakah??


Tunggu.....

Thursday, November 18, 2010

Salam Aidiladha semua ^^

First time in my life, terpaksa berkorban tak balik beraya dengan family tahun ni. Dah la tak dapat beraya, kena study pulak untuk trial exam. Raya haji dekat Cheras ni tak rasa macam raya. Macam hari-hari biasa sebab tak dengar takbir raya, tak nampak orang melayu pakai baju melayu or baju kurung, tapi nampak la Nigerian or Lubnan entah pakai baju ala-ala jubah. Maybe dorang pergi solat sunat aidiladha. Pastu tak nampak orang pergi meraya, tak nampak budak-budak pergi meraya. And takdak orang datang rumah intuk beraya.


Raya di perantauan sorang-sorang ni kena la sambut dengan style sendiri. Dah la bangun lewat pagi, pastu tak terasa pun nak pakai baju raya. Selalunya setiap kali raya, Mak mesti masak something untuk tetamu yang datang. Tapi selalunya, kami adik-beradik la tolong habiskan makanan sampaikan Mak kena masak lebih. Mak pun tahu anak-anak beliau ni suka masakan beliau. So, untuk rasa raya macam kat rumah, aku dengan Farah masak la mee bandung. Kira first time la masak mee bandung sendiri. Punya la penuh mee bandung kitorang dengan bermacam-macam lauk and sayur sampaikan kuahnya nampak sedikit je. Tapi, sedap la mee bandung kitorang sebab habis licin.


Plus, tahun ni Abah buat kenduri korban, Kakak pulak buat kenduri aqiqah untuk anak sulung dia. Berkati-kati la rasa sedih tak dapat beraya dengan family tahun ni. T_T......Plus plus takdak sesapa pun hantar mesej raya tahun ni. Ada la sorang, tapi bukan kawan. Stranger.Malas nak layan.


Raya ke tak raya ke tetap kena study untuk paper Chemistry. And ada lagi 1 paper Math. Subjek yang berat2 tu. Paper Chem dah lepas tadi dan tersangat la aku tak boleh buat. Paper Math menjelang tengah hari esok, and sekarang terasa malas nak ambik kesah sebab banyak latihan past year tak dapat solve. Moga-moga esok selamat dapat menjawab dengan jayanya. Semoga Allah permudahkan perjalanan exam aku esok. Aminnn...


p/s:esok after habis Math paper, terus menuju ke Times Square. Shopping for prom. But still tak decide lagi nak pakai baju apa untuk prom.

Tuesday, November 16, 2010

Smart siottt

Aku teringin sangat nak ada at least satu kemahiran main alat muzik. Petik gitar tu pernah la, lagu Situasi Bunkface, tapi tak pro sampai satu lagu. Part chorus je sempat belajar. Tapi rasanya sekarang dah tak ingat. Nak belajar, tapi adik pun baru belajar. Other family member tak layan gitar. Abang ipar ada gitar, tapi tak pernah nampak lagi la dia main masa pergi rumah dia kat Penang. So, tak tahu la dia pro main gitar ke tak. 


Teringin jugak nak main piano sebab orang yang main piano ni orang yang bijak. Main piano boleh menajamkan fikiran and mengembangkan otak. Sangat-sangat teringin. Hanya orang berada ja dapat belajar piano sebab yuran kelas piano mahal. Kat Kedah pula susah nak jumpa kelas piano. Kalau jumpa pun mahal la yuran dia. Tak mampu den nak tanggung yuran tu. Nak mintak kat Abah, confirm Abah tak approve. Mesti Abah cakap, baik guna duit untuk study. Minat pasal piano ni lepas baca novel Schubert Serenade, karya Hlovate. Macam best je. After baca novel tu, terus YouTube cari lagu-lagu piano yang Hlovate mention dalam novel tu. Mozart, Canon and Schubert Serenade. Best je dengar. Touching, penuh inspirasi. Kalau tengok pianist main, memang terkagum la. Gila cekap jari-jari diaorang menari atas keyboard piano tu.


Pastu tadi baca blog senior, Kak Ainatul yang study kat UK. Dia post pasal lab partner dia. Guy, and yang best tahap kehenseman that guy setara dengan Bradley James, actor Merlin sebagai Prince Arthur. I like~
Kak Ainatul post video that guy main piona. Mak aii, gila smooth kot. Pro la this guy. Tak jemu pun dengar lagu yang dia main. Padahal before ni kurang layan sangat dengan lagu Taylor Swift. Lagu ni pun tak tahu yang mana satu.



After tengok video ni beberapa kali, terus terpikir. Kalau tak reti main piano, nanti nak cari suami yang pandai main piano or gitar. Boleh dengar tiap-tiap hari. Plus, dapat belajar dengan dia. Free je. 
Berangan je la.....

Bengang

Exam Biology berjalan dengan lancar tanpa aku pengsan dalam exam hall as aku tak tidur semalaman. Ini la bahana study last minute. Sebulan before exam main sangat. Ponteng kelas lagi. Dah la aku tak study kat rumah. Kalau pergi kelas tu aku study la jugak.

Keluar je exam hall mood dah takdak. Maybe si invigilator exam hall tu terkutip sekali kot mood happy aku masa dia kutip exam paper. So, aku jadi macam nak tumbuk orang. Macam nak cari pasal dengan manusia sekeliling aku. Sorry la sesapa yang terasa dengan mood ganas aku ni. 

Sesapa yang tak boleh terima ucapan maaf aku ni, korang boleh luahkan ketidakpuasan hati korang kat aku. Jangan nak buat sesi kauseling dengan kawan-kawan korang then ceritakan ketidakpuasan hati korang kat mereka. Korang cerita kat mereka pun bukan boleh bagi effect kat aku. So, baik luahkan je kat aku then aku boleh perbetulkan mana yang tak betul and tambah mana yang kurang. Jangan cakap kat belakang aku. Aku tak selesa kalau orang tak puas hati dengan aku, cakap kat belakang aku then taknak tolong aku perbetulkan apa yang tak betul. Aku takkan marah kalau korang tegur aku. Aku juga takkan bakar rumah korang punya. Aku tak la sekejam tu. Malah terima kasih daun keladi kerana sudi kawan dengan aku and sudi tegur-menegur dengan aku.

Kita tak pernah sempurna kerana Allah Maha Sempurna. Manusia adalah insan and insan maksudnya lupa. Manusia ada salah silapnya. Tapi kita tak boleh ambik je keadaan ni tanpa berusaha untuk menjadi sempurna. Kalau kita tak berusaha, mana nak dapat hasilnya. Pepatah Arab "man jadda wajada" maksudnya sesapa yang berusaha akan dapat hasilnya. Pepatah Arab ni aku ingat since Form 1 kot as kena hafal la. Maybe akan keluar dalam exam PMR Arab. Tapi aku tak ingat keluar ke tak soalan ni.


p/s :: lirik ni tak kena betul dengan kebengangan aku dalam post ni. Tapi enjoy je la dengar akim bengang plak.

Sunday, November 14, 2010

Up

Minggu exam selalu ada masalah tidur malam padahal siang pulak tidur lena je. Siang sokmo mengantuk. Time mengantuk memang tak boleh study dah. Malam-malam segar la tapi selalu je buang masa dengan online. Pastu main game.

 Sekarang pulak ada habit makan sambil layan movie. Tak kisah la movie tu dah berapa kali khatam, asalkan dapat makan sambil tengok movie. Sebabnya, makan sorang-sorang boring. Rasa makanan tu kurang sedap. Kalau sambil tengok movie, rasa macam share makanan dengan actor/actress movie tu. Asyik je dapat makan ramai-ramai. Selera betul walaupun makan nasi lemak dengan sambal ikan bilis. Tapi kan, kalau tengok movie sambil makan ni, masa untuk habiskan makanan tu ada la sepanjang movie tu nak habis. Gila la. Sekali makan, 1 jam. Buang masa lagi. 

Bila kira-kira balik ada 2 hari je nak study Biology, terus jadi rajin sikit dengan study. Tapi ada la cacat celanya jugak. Sekali sekala online jugak as laptop 24 jam on coz nak download movie "UP". Sekarang pun sempat lagi update blog. Sambil-sambil tu search and download hidden object games sebab dah terlalu gian nak main games. Dah dikira rutin hujung semester la. Mesti kena marathon hidden object games or time management games. 2 games sudah siap di download tapi kena la tahan diri dari main sekarang. Banyak lagi Biology yang tak dikhatam. Dulu kalau nak main games ada la senior yang tolong downloadkan. So tak payah susah-susah search and then download. Pastu lawan dengan senior siapa yang habiskan dulu games tu. Tapi sekarang senior dah fly, kena la buat sendiri. Susah jugak nak cari yang full version yang free. Kalau free trial, buang karan je. Nanti tak puas main, pastu tambah dosa dengan menyumpah games tu.

Cukup kot takat ni. Plan nak update sejengkal je, tapi boleh pula ter'update sepanjang karangan budak darjah 6.

Sunday, November 7, 2010

Jawatan Kosong!!!!!!!

Seperti kebiasaan, aku sungguh suka buang masa dengan mengadap menatang laptop ni. Bukan nak study pun. Selasa dah trial exam. Trial ni agak penting kot untuk kemasukan aku di peringkat degree nanti. Aku sedar akan benda tu, tapi still aku tak berubah. Maybe aku ni tak berusaha untuk berubah. Aku patut rendam je laptop aku ni kat dalam air banjir depan rumah aku. Selesai satu masalah. Tapi ni bukan laptop aku, laptop abah aku sebab abah aku beli guna duit beliau. So, aku tak boleh sesuka hati nak musnahkan laptop beliau. 

Untuk menjalankan misi ni, aku patut bagi anak sedara aku, Ecah yang berusia 8 bulan tu. Ecah boleh la practice main bola sepak dengan laptop ni dengan menolak laptop aku guna babywalker dia then plup!. Laptop aku dah terberenang dalam air banjir yang berada betul2 depan pintu rumah. "Tolong!! Tolong!!" Oh lupa plak laptop aku rasanya tak reti berenang sebab aku terlupa nak hantar laptop tu belajar berenang kat SYABAK *Syarikat Bekalan Air Kedah*. So, laptop itu akan tenggelam serta merta dek kerana density laptop lebih berat dari air. Laptop tu mati kerana kelemasan selepas tidak boleh bernafas. Kesian.... Wahaha!!!Sungguh jahat idea aku. Memang seorang pembazir la aku ni. Dan juga seorang yang tidak bersyukur dengan kemewahan laptop ini. Membazir amalan syaitan. So, katakan TIDAK dalam menjalankan misi memusnahkan laptop ini.

Apa2 hal laptop ni banyak berjasa kat aku. Contohnya memudahkan aku menyiapkan assignment. Tak payah dah tulis guna kuasa tangan, taip je. Pastu, aku boleh tengok movie kat sini. Tak perlu dah nak beli set video player plus television plus home theater. Then, aku boleh gunakan untuk online. Dapat banyak info dalam internet. Boleh aku bersosial guna facebook yang pasti. Tak payah dah keluar rumah untuk bersosial. Boleh juga shopping online. Jimat duit tambang. Seterusnya aku boleh main bermacam2 jenis games untuk mengembangkan perkembangan otak. Main games ni perlukan strategi. So, banyak la neuron dalam otak aku ni berhubung.

Disadvantages ada laptop ni datang dari diri aku sendiri yang lalai dengan tanggungjawab sendiri. Yang tidak tegas dengan diri sendiri. Yang mudah terpengaruh dengan godaan syaitan and nafsu. Yang tidak reti manage hidup sendiri. Aku sungguh alpa. Ampunkan aku Ya Allah.

Untuk menaikkan semangat study aku, aku rasa aku perlukan role-model or someone yang boleh push aku untuk study. Yang boleh ajar aku kalau aku tak paham dalam study. Yang boleh pantau aku hari2. Memang la aku dah besar, boleh fikir diri sendiri, tapi entahla. Aku insan biasa.Yang alpa dengan kemudahan yang ada. By the way, ada tak sesapa yang sudi tawarkan diri untuk jawatan di atas? Gaji boleh runding.
^_^


Wednesday, November 3, 2010

Happy Birthday Mak!

 Weekend lepas aku balik kampung kat Kedah. Teruja-uja aku nak balik kampung. Main thing yang aku nak buat ialah sambut birthday Mak aku. Hari ni la birthday mak aku,Happy Birthday Mak. Aku and kak aku nak sambut awal sebab weekend lepas je kitorang free. Before tu, kat kepala aku dah macam2 dah plan nak buat. Tapi, tak bestnya semua tu tak jadi. Sebabnya hujan kat kedah start Ahad sampai Isnin non-stop. Kalau tak lebat, rintik2. Kalau tak rintik2, lebat. Bila weekend ni, tidur memang dah sebati dengan diri aku. Apa lagi kalau dah hujan, sejuk, tidur la. Birthday mak aku pun tak jadi sambut. Just beli kek and kek tu awal2 adik aku dah potong time aku tidur. So, no celebration. Rasa sedih pulak. Malamnya aku masak spaghetti. First time la mak aku makan spaghetti and siap tambah 2 kali. Mak aku ni lain sikit, tak suka western food. KFC and even burger yang orang Melayu buat pun Mak aku tak makan.
Berbalik kepada hujan tadi, memang best hujan. Sejuk. Tenang. Tidur.
Tapi baju bertimbun tak kering, tak boleh merempit sambil tengok kampung halaman and rakyat jelata. Even tak sempat pun tengok kawasan belakang rumah aku yang akan dijadikan jalan raya. Kawan2 aku pun tak dapat datang merayap kat rumah aku.
Air sungai belakang rumah dah nak penuh sampai ke tebing dah. Tapi InsyaAllah tak banjir sebab rumah aku tak pernah banjir. Kampung sebelah dah memang selalu banjir je tiap2 hujung tahun.
Bila aku story je kat kawan2 kolej aku pasal banjir, teruja je dorang. Dorang tak pernah merasa suasana banjir, macam tu la jadinya. Tak best mana pun banjir. Yang best tidur and main2 air.
Tetapi, apa2 yang terjadi mesti ada hikmahnya. Waktu ni la kita tahu wakil rakyat kawasan kita prihatin tak kan. Masuk pulak bab politik. Malas aku. Selain tu, waktu ni la kita dapat merasa hidup takdak elektrik and air paip. Mandi pun kat telaga. Best siot. Apa lagi ekk? Waktu ni la ramai dapat rest kat rumah termasuklah peniaga, student dan sesapa la. And waktu ni la dapat merasa tidur ramai2 kat sekolah, makan nasi kawah, lepak2 kat sekolah as dah memang sepatutnya orang cakap sekolah tempat belajar. Waktu ni sekolah tempat lepak sesuka hati anda.
Aku dah malas nak fikir idea apa lagi yang aku nak taip. Otak aku jammed. Macam merapu je apa yang aku taip. Out dulu.....
 
*kesilapan 1 november 2010,bukan 11 november 2010
** ni kawasan aku shopping time raya

Tuesday, November 2, 2010

Siapa yang mencapub sekarang ni?

Lama gila la aku tak update blog ni sampaikan aku dapat aduan daripada rakyat jelata. Nasib baik si pengadu tu tak buat aduan kat Karam Singh Walia. Maunya aku termencapub kat TV3 program Aduan Rakyat. Entah wujud ke tidak lagi program tu. Lama jugak la aku tak tengok kotak hitam yang boleh keluarkan suara dan gambar bergerak tu iaitu  television. Apatah lagi la berita. Korang tahu tak mencapub tu apa?Aku belajar word ni time aku Form 4. MENCAPUB stands for MENCAri PUBlisiti. Ada juga MENCAPUBMUR iaitu MENCAri PUBlisiti MURahan. 
Kenapa aku lama tak update blog? Entahlah. Maybe 
1> malas
2> aku dah rajin study for trial thats around the kaki lima.*sumpah aku tak start lagi* 
3> aku dah ada blog baru.
Untuk pengetahuan diri aku sendiri, supaya aku tak lupa disebabkan aku mempunyai ingatan 5 saat ja, aku dengan ini mengumumkan aku terjoin blog Stereotaip. Rajin2 la singgah ye. Ada la sedikit junk food kat sana. Lagi rajin kalau ada komen best2 punya. Aku suka je dengar aduan dari rakyat jelata. Senang. Apa2 senang aku buat tindakan.