Monday, January 31, 2011

10 jam lagi

I dont know why i cant sleep. Maybe i'm too excited because in less than 10 hours, i'll finished my exam and A-Level. Or maybe aku tak sabar nak balik Kedah and menikmati 5 month holidays. Gila tak sabar. Tapi sedih jugak la tak dapat nak jumpa kawan-kawan UCSI yang super duper sporting and crazy. But i'm not crazy like them because aku kan gadis are-you yang masih waras. March nanti maybe jumpa, InsyaAllah, masa nak ambik result A-Level.


"Ya Allah, berikanlah kami telah berusaha setakat yang mampu. Kami mohon Ya Allah, semoga kami dan rakan-rakan kami mendapat keputusan yang cemerlang sesuai dengan usaha kami. Kami bertawakal kepadaMu, Ya Allah. Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik untuk diri Kami..Aminn"


After paper this afternoon, my parents plan nak jalan-jalan pergi Kajang. Boleh jumpa anak Mak Ndak yang maskulin tu ^^. Pastu, on the way balik Kedah, my parents plan nak pergi waterpark not what the ****..
By the way, Chemistry aku masih tak habis study. Ada lagi 2 tajuk. Ingat nak tidur kejap, tapi setengah jam atas katil, still tak lena. Baik aku bangun and sambung study.


Rumah aku kat Kedah takda internet. So, maybe aku tak update dah blog aku tiap-tiap minggu. Maybe juga ni last update aku kat Angkasa Kondominium ni. Aku akan usahakan update blog ni after paper Chem tengah hari nanti. Kalau berkesempatan la.. And akan aku usahakan untuk beli broadband. Boleh juga online and poke orang kat FB..


ciaucincau..blah dulu @_@

Saturday, January 29, 2011

Teppanyaki, Spoon vs Tutti Frutti

Window shopping kat Mid Valley tadi sempat la merasa dua makanan baru. First, teppanyaki kat Restoran.... Teppanyaki la, takkan kat kedai mamak pulak. Restoran ni dekat  LG071 lower ground floor Mid Valley. Teppanyaki ni taklah special sangat, tapi yang special style masakan dia, Japanese style. Cara masakan menggunakan iron griddle untuk masak makanan seperti udang, ikan salmon, daging lembu and ayam dan juga mixed vegetables (taugeh,carrot,cabbage)*sayur banyak dari nasi*. Nampak sikit, tapi kenyang jugak perut den yang tak makan breakfast ni.
Chicken teppanyaki Iffah *gambar dari blog orang lain sebab lupa nak snap pic tadi*

Pengunjung boleh tengok macam mana masakan ini dimasak sebab masakan dimasak di meja makan.
the chef with his skills *gambar dari blog yg sama

Nasi sedap sebab agak sticky. So, senang la nak makan guna chopsticks. Harga range RM 9-20 kot satu pinggan. Agak berpatutan. Aku order salmon teppanyaki dengan english tea. Total RM19.90.Boleh la pakat try ramai-ramai.

Second, junior terbaek, Iffah belanja aku makan kat Spoon, premium frozen yogurt that's supposed to be low in calories and 99.5 percent fat-free. Same je dengan Tutti Frutti.
Perbezaan Spoon dengan Tutti Frutti :)
  • kedai sangat comel dibanding dengan Tutti Frutti.
  • tahap kesedapan yogurt, double thumbs up as their yogurts more smooth and tastier. Tutti Frutti little bit sour.
  • harga agak mahal sikit. sikit je.
  • pilihan toppings tak banyak
  • flavour pun tak banyak as dorang ada original, green tea and seasonal (raspberry is the flavor of the month )
  • waiters yang friendly sebab bagi tester and suggestion
*gambar Iffah tak upload lagi*

Btw, thanks to Iffah bawa senior dia jalan-jalan kat KL sebelum aku  habis exam and berangkat meninggalkan KL 31 January ni, belanja makan kat Spoon and tolong drivekan pergi Mid Valley padahal masing-masing tak ingat jalan and thanks sudi luangkan masa dengan senior yang selalu membuli ni. We had a very beautiful day!

 

Tuesday, January 25, 2011

Sup 3 am

Abang aku selalu cakap, "Perempuan suka makan lewat malam. Jangan makan lewat malam selalu nanti jadi
GEMUK
dah la hang tu senang gemuk kat muka, macam kartun ni "

Tapi ini antara tabiat aku la. Makan lewat malam sebab kekadang tengok tv sampai lewat malam, tetiba lapar. Takpun macam keadaan baru tadi, study sampai lewat malam, pastu lapar. Lapar sangat sebab aku skip dinner. Tertidur sampai pukul 9.30 malam. Malas dah la nak turun makan kat bawah.

Super duper lapar, tapi stok makanan segera tiada. Pukul 1.30 pagi, Ain and Amal cakap lapar juga. Terfikir McD delivery, tapi ada ke pagi-pagi buta ni? Try la google pasal McD delivery. Nampak je iklan McD delivery 24 hours kat internet, terus lompat-lompat suka hati. Suruh Ain call, tatapi sangat menghampakan perut yang lapar ni bila orang McD tu cakap, "Maaf, kawasan anda tiada McD delivery 24 hours... Hanya sesetangah kawasan je ada McD delivery 24 hours..." Hampeh betul!

Google cari  fast food delivery lain yang 24 hours, tak jumpa. Terfikir, Aina tidur tak lagi. Kalau tak tidur lagi, nak ajak pergi KFC or McD. Aina je la harapan sebab dia boleh tolong drivekan. Mesej Aina, and sementara tunggu Aina reply, cakap kat diri sendiri "Kalau Aina taknak pergi, aku masak nasi goreng". Aina reply mesej cakap dia sudah mau tidur. Double hampa.

Masak nasi la jugak pada pukul 2.50 pagi. Sementara masak nasi, selongkar refrigerator cari bahan-bahan untuk nasi goreng. Selongkar punya selongkar, rasa cukup pulak bahan untuk buat sup sayur+sosej+bebola ayam. Maka aku masak la sup jam 3.00 pagi. Memang kerja orang yang rajin masak, rajin makan, malas study. 

Bila dah kenyang, mula la mengantuk. Macam mana la nak habis study kalau macam ni.
http://www.smileycodes.info

Sunday, January 23, 2011

Selera makan time exam

Bila exam je, selera makan pelik-pelik. Nasi dah tak selera, benda-benda merapu tu selera la pulak. Semalam sangatlah lapar waffle. Ajakla Amal yang sedang tekun study sambil dengar mp4. Tak tahu dia tekun study ke tekun dengar mp4 sebab kepala dia terhangguk-hangguk sambil tengok buku. Amal on je, so dapatlah perut ni merasa waffle. 

Tengah beli waffle, Aina ajak pergi Tutti Frutti pulak. Duit cheq kering sangat. Den pun teringin nak makan nasi jugak sebab tak lunch lagi. Discuss punya discuss, aku join jugak dorang pergi dan keinginan aku nak makan nasi dapat juga la. Bantai nasi paprik Amal.

Hari tu dah try Tutti Frutti tajaan Siti Aisyah. Cik Siti tu sentiasa menaja aku makan kat tempat mahal-mahal. Baskin Robbins pun dia taja last sem. Dapat juga merasa ice cream yang mahal tapi sedap gilak. Tutti Frutti hari tu, aku terlebih ambik banyak dari penaja. Sorry Ecah, but da nomu nomu nomu nomu nomu nomu nomu kamsa-hamnida Ecah. Kalau pasal makan Ecah on je sebab dia 'food lover'. plan diet pun dia sentiasa ada, tapi taktau bila dia sedang diet

Semalam pergi tolong merasmikan Tutti Frutti  kat Bangi. Ada perisa baru tapi tak ingat la pulak nama dia.Mai tang toppings, sangat menghampakan kitorang sebab tak banyak pilihan. Maybe kehabisan stok kot. Got discount! Biasala perasmian kan...

Habis di situ, dorang nak makan burger pulak. Burger Otai. Aku yang agak kenyang ni, makan la jugak. Sedap and buat aku kenyang sangat. Tak boleh nak masuk makanan lain dah.
Then jalan-jalan di PJ macam takdak tujuan, pastu balik. Study Bio seciput, online 3 jam and last tidur macam pengsan.

p/s : duit dah habis. Mak janji nak masukkan hari ni tapi baru je Mak call tadi kata "Mak tak sempat nak masukkan duit hari ni, Rabu ni boleh?"
"Ok je"......bila check purse, ada rm3. Macam mana nak survive ni?


Wednesday, January 19, 2011

Masalah angin badan

Aku memang terkenal dengan budak yang banyak angin. Time aku banyak angin, aku akan sendawa tak berhenti-henti sampaikan menganggu ketenteraman orang sekeliling aku. Bukan aku sengaja buat tapi memang angin nak keluar. Tapi aku sendawa je, tak kentut.

Semalam, seronok aku study sambil kacau Amal main games, aku start sendawa. Tak tahu kenapa. Sendawa, sendawa, and sendawa sampaikan aku tak boleh nak study. Around 3.00 am, aku masuk tidur tapi sampai pukul 4.30 am aku still tak tidur-tidur. Then, tetiba aku muntah tanpa sempat masuk toilet. Ifa yang tidur kat ruang tamu pun sampai terjaga. Masuk toilet plak, aku sambung muntah lagi. Memang banyak la. Habis lunch and dinner aku keluar. Lepas settle semua, aku mop lantai, bersihkan toilet and badan then terus aku tengok jam. 5.33 am. Subuh tak lambat lagi, aku baring-baring dulu sementara masuk Subuh. After Subuh, aku terus tidur. Memang lemah gila. Kepala pun berat. 

Plan pukul 12 nak pergi library, tapi time breakfast aku terasa nak muntah lagi. Lapar memang lapar. Tapi apa yang aku makan semua nak keluar balik, baik tak payah makan. Apa yang aku buat untuk mengatasi lapar, aku tidur. Dah la hari ni exam Biology2, study habis dah cuma rasa perlu study lagi. Study study, tidur. Pergi exam dalam keadaan lemah and lapar. Alhamdulillah berjaya habiskan exam tanpa apa-apa masalah kecuali masalah nak tulis jawapan. 

Habis exam, solat Maghrib and Isyak. Then terus tidur sampai pukul 11.30 pm. Badan dah ok, dah start boleh makan. Alhamdulillah...

Aku sempat la buat research kenapa aku jadi macam ni. 

1# Jadual makan aku tak betul.
 
2# Tekanan — Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin. Aku tak la stress dengan exam minggu ni. Minggu depan maybe stress. 4 paper berat.

3# Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur. Memang semua yang aku makan semalam keluar sebiji-sebiji nampak sangat sistem pencernaan aku ada masalah.

4# Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk. Maybe kot...

p/s : Thanx Farah, ambil berat pasal aku hari ni.

Monday, January 17, 2011

Blog


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hadirin sekalian, tajuk perbincangan kita pada hari ini ialah "Blog dan dot dot dot ( ...)" 
Aku taktau apa nak dibincangkan. Memang kepala aku tak betul sebab aku baru bangun tidur. Orang tua2 cakap, tidur lepas asar tak baik. Bebal or cepat lupa or rezeki tak masuk. Aku tak tahu kesahihan perkara tu.
Berbalik kepada blog yang aku tak update pun sepanjang masa, aku rasa tiba masanya aku jadi lebih matang dengan memikirkan apa yang aku patut buat untuk masa depan blog ni.
Aku rasa aku tak patut ada blog. Bukan aku update pun. Malas dan tak dak benda yang nak ditulis. Mungkin blog ini akan ditutup tapi aku tak confirm lagi. Nanti aku bagi notis awal2. Tapi takdak sapa yang kisah pun kan aku ada blog ke tidak.


p/s : eminem, 39 years old sangat cooliooo

Saturday, January 8, 2011

Perlawanan tenis

[ Perbualan telefon]

A : B ke?
B : Siapa ni?
A : Tengah buat apa tu?
B : Apasal sibuk nak tahu?
A : Busy tak?
B : Ada benda penting ke nak cakap?
A : Kita keluar esok nak?
B : Pergi mana?
A : Kita keluar makan kat KFC ok tak?
B : Takda tempat lain ke?
A : Ada cadangan lain ke?
B : Ada saya cakap saya setuju keluar dengan awak?
A : Kenapa sombong sangat?
B : Sombong saya kacau hidup awak ke?
A : Bila nak berubah perangai?
B : Perlu ke?
A : Perangai awak memang macam ni ekk?
B : Kenapa ? Ada masalah ke?
A : Jadi tak keluar esok?
B : Awak memang tak paham bahasa ekk?
A : Bahasa apa?
B : Kenapa kacau hidup saya?
A : Kenapa tak bagitahu yang saya kacau hidup awak?
B : Nama awak apa?
A : Ada apa dengan nama?
B : Mana dapat nombor phone saya?
A : Penting ke nak tahu?
B : Kita kenal ke?
A : Kenal tak A, budak kelas masa form 3 dulu?
B : Kenapa tak bagitahu awal-awal?
A : Yang awak marah-marah kenapa?
B : Kalau awak jadi saya, orang tak dikenali telefon malam-malam, awak marah tak?
A : Esok kat KFC ye?
B : Pukul berapa?
A : Pukul 2 pm ok?
B : Dah lewat ni, taknak tidur ke?
A : Dah nak habis dah ekk?
B : Tak paham-paham lagi ke?


Pesanan penaja : Kadang-kadang kita tak semestinya menjawab soalan yang ditanya dan kita tak perlu menjawab soalan dengan jawapan sebaliknya kita boleh menjawab soalan dengan soalan. Paham-paham la sendiri kenapa kan?

Wednesday, January 5, 2011

Tirai baru beli 2011

2010 telah melabuhkan tirai. Banyak memories 2010. Ada indah,sedih, happy, giler2, poyo, mencapub, duka, lara, etc...
Kita ambik yang baik jadikan teladan di samping perbaiki diri supaya menjadi lebih baik dan ada yang buruk kita tinggalkan jadikan sempadan.
and ...... Assalamualaikum 2011 *lambat gila update*
1st time sambut tahun baru dengan buat family gathering tapi still abangku terchenta tak join. Malas aku nak pujuk2 suruh balik kampung sebab pujuk ke tak, still dia tak mau balik. Abaikan...
Family gathering ditaja oleh my sister sebab hujung-hujung tahun mesti la dapat bonus. Aktiviti yang dijalankan sangatlah simple sebab plan last minute. Bbq and char kuey teow special from Abah. Tak sempat snap2 gambar sebab aku busy dengan tangan kipas mengipas plus mulut bising bagi warning kat budak2 yang tak paham bahasa. Ada ke patut aku penat2 ber'bbq', depa plak sedap je makan. Tak tunggu dah tuan rumah pelawa. Sungguh tak malu. Btw, budak2 tu adalah anak jiran2 merangkap sepupu sepapat yang ada talian persaudaraan.
My brother-in-law aka suami akak aku pun join jugak. Dia ni balik sangatlah jarang dalam setahun tu sampaikan anak kesayangan dia, Ecah taknak dekat dia. Sampai nangis2 budak tu kalau Abah dia nak dukung dia. Fikir2 la sendiri kenapa jadi macam tu kan....
Januari dah start and seperti yang anda semua maklum Januari adalah bulan exam bagi budak2 yang sewaktu dengan aku maka bermulalah sesi penggunaan otak secara maxima. Jadual aku padat dengan study so jangan sesapa gatal2 nak ajak aku pergi lepak kat Times Square or mana2 GSC. Aku ni plak seorang yang tak suka menghampakan jemputan kawan2. Sesapa yang ajak aku on je tapi tidak kali ini. HAHAHA
On9 pun dah limitkan after asar je. Tapi di waktu ini aku buat apa ekk.... *kantoi terang-terangan*

p/s : Sesapa yang tag or award me sumthing kat blog dia, sorry ekk. Den tak dapat penuhi permintaan anda buat masa sekarang atas sebab2 yang kukuh lagi kuat seperti Harimeow. Hohoho