Thursday, August 26, 2010

Personal Taste punya pasal




Oh tidak!!!! Bangun lewat lagi. Dah 3 kali dah semester ni, aku bangun lewat untuk ke kelas.
Kali pertama ::
Aku terjaga pukul 9.30 pagi. Dengan tak mandi aku aku terus pecut ke kelas. Pukul 9.45 baru aku sampai kat kelas. Malu seh, dengan muka yang obvious sangat baru bangun tidur. Pastu, habis kelas aku terus pergi buat gambar pasport. Semestinya la dengan muka tak mandi aku tu. Tapi aku kesah apa. Bukan orang tahu pun aku tak mandi bila tengok gambar tu.

Kali kedua::
Kelas start pukul 8.00, aku terjaga pukul 8.30. Tambah tolak bahagi, maybe aku akan sampai kat kelas pukul 8.45. Separuh kelas aku akan burn. So, baik tak payah pergi. Tidur lagi bagus. Heaven je rasa bila dapat tidur padahal rakan2 seperjuangan yang lain tengah berjuang memfokuskan minda dengan lecture BIOLOGY. Memang aku tak ada perasaan bersalah langsung.

Kali ketiga::
Pagi tadi, kelas start pukul 9.30, aku bangun pukul 10.00. Sama je keadaan macam kat atas. Tapi kali ni aku rasa bersalah sangat tak pergi kerana hari ni ada experiment main cucuk2 dengan snail @ siput b##i @ siput khinzir dengan bahasa yang sopan. Rugi siotttt. Bukan selalu dapat tawaran free mendera binatang dalam bulan puasa ni. Ni mesti sebab aku tidur lewat semalam marathon drama korea PERSONAL TASTE sorang2. Pastu aku pegi la jugak kelas math. Kawan aku pula announce kelas chemistry tak ada. Siooottt sekali lagi. Kalau aku tau, sah2 aku sambung je berlingkar atas katil. Pegi kelas math pun bukan aku belajar sangat (macam la kelas lain aku concentrate belajar), siap nyanyi lagu raya lagi dalam kelas. Raya ada la 2 minggu lagi. Nampak sangat aku ni golongan budak2 tadika.

Ni la antara disadvantages bila tak dapat serumah dengan rakan2 sebaya. Takda sesapa pun dapat kejutkan aku bangun pegi kelas.Haila..Haila....

Monday, August 23, 2010

kenormalan aku diragui

Perrrggghhh...kebal gak mata aku ni.dah la semalaman aku tak tido, pastu bole je aku concentrate dalam kelas tadi. Tak rasa ngantok. Padahal before ni pun even tido overdose cukup, aku still ngantuk dalam kelas. Kenapakah? Aku malas nak jawab.
Normal tak aku ni? Aku malas nak jawab jugak.

*tetiba kedengaran lagu showdown BEP, ringtones nset aku*
Kak Syariza called. Rindu kat dia. Esok dia datang waktu sahur. Terima tetamu awal2 pagi. Murah rezeki. Aminnn.....Malam ni nak buat kek batik untuk dia, taktau bila lagi dia dapat rasa my delicious kek batik. Tapi tak best gak, dia datang waktu sahur, then pukul 8 dia dah blah. Lama tak rasa long chat dengan dia.
Aku dah bole bercakap normal sekejap

Hari ni birthday my BFF, NAJLAA masa kat sekolah lama dulu. Aku memang ingat2 lupa birthday dia. Tapi kalau tetiba dia called aku dalam bulan August, aku straight away la wish HAPPY BIRTHDAY kat dia. HAHA, aku memang kawan yang kurang berguna. Dia ada call tadi, macam biasa la. HAPPY BIRTHDAY!! Had long chat dengan dia. Memang aku rindu hang gila2. Dah dekat setengah tahun tak jumpa dia. This week, aku sibuk dengan phone call dari dia. So, jangan jeles nak kacau our long distance relationship. WUAHAHA
Aku dah start tak normal agaknya

Aku agak makan dalam la even sekarang bulan puasa, soalan yang begitu susah nak dijawab oleh budak2 batch aku kat UCSI ni. Takde sesapa dapat jawab soalan ni dengan jawapan yang betul lagi tepat. Dah 2 bulan dah. Soalan ni masih membuatkan batch aku study dengan tak cukup vitamin.

BILA ELAUN JPA NAK MASUKKKKK?????!!!!!!!!



aku rasa tak normal dah...

Afifah = berbudi bahasa,sopan.....*betul ke PAH?*

Sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah Yang Hakiki.

Cukup memberi kesan dihati...

Ucapan "aku tak mampu Ya Allah" biasa terkeluar dari hati kita..

Rintihlah pada Illahi..

Kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..

Andai tidak ditimpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah?..

Tanyalah iman, kerana dia bisa menberi jawapan yang paling jujur..

Tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya..

Dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantinya dengan yang lebih baik..

Nantikan hikmahNya..

Pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan.

p/s :: my BFF bagi 6 bulan lepas. Memang membantu aku buang stress. Thanx PAH. Sayang hang..^_^

Saturday, August 14, 2010

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Di sebalik kesusahan tu, kita akan terasa kebahagiaan apabila kita menyedari yang kesusahan itu menunjukkan kebenaran.

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Waktu inilah kita akan mencari family kita. Dan waktu inilah kita akan tahu betapa kita saling memerlukan. Kita akan lebih menghargai talian kekeluargaan.

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Waktu inilah kita akan tahu siapa kawan susah dan senang kita. Mencari kawan ketawa bersama senang, tetapi untuk mengetahui kawan semasa susah, memang payah. Waktu ni lah kita menghargai kawan2 sekeliling kita.

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Inilah masa untuk kita mengenali diri kita sendiri. Mencari kelemahan diri dan perbaiki kelemahan itu menjadi lebih baik. Dan kekuatan yang kita ada tapi kita kurang menyedarinya, bolehlah kita gunakan kekuatan itu.

Bila kita ditimpa kesusahan. janganlah mengeluh. ALLAH kan ada. ALLAH sentiasa bersama kita. Ditimpa kesusahan adalah salah satu ujian dari-NYA. Ini membuktikan ALLAH sayangkan kita dan mengingati kita. Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada.

Bila kita ditimpa kesusahan. janganlah mengeluh. Waktu inilah kita dapat merapatkan hubungan kita dengan Yang Maha Mendengar, ALLAH SWT. Kita boleh berdoa kepada ALLAH. Signal untuk berdoa kepada ALLAH ada di mana2. Wireless lagi. Tidak perlu bayar bulan2. Doa senjata orang mukmin.

Bersyukurlah kepada ALLAH dengan apa yang kita ada.........