Wednesday, September 22, 2010

Muahahaha ;)

Cuaca : Tak hujan. Langit gelap sebab dah malam.

Suasana : Sunyi. Kalau aku bela cengkerik dalam rumah aku, sure dengar bunyi cengkerik je.

Kesihatan : Alhamdulillah, sihat. Lapar. Stok makanan kurang. Kuih raya ada, tapi aku tak suka makan kuih raya. Rasa macam makan tepung je. Tapi memang patut pun. Dah asas resepi dia tepung. Megi ada sebungkus. Tapi kalau makan megi, takda ummph... sebab takda teman nak diajak berebut makan megi. Masak? Kawan karib aku, Si Pemalas dah datang menyendeng kat badan aku. Makan angin je la. Kipas tengah laju ni. Speed 5. Kenyang kot.

Emosi : Geram! Geram! Geram! Lately, kadar kelajuan internet rumah aku bapak slow mengalahkan kura2 baru nak belajar bertatih. Nak buka emel pun tak boleh apatah lagi nak buka Facebook even Facebook dah takda makna dalam hidupku. Puitis ayat aku. Most importantly, nak blogging pun tak bole.

Punca : Setelah dikaji oleh aku sendiri, punca masalah ini berlaku kerana housemates aku, geng foreigners from China tengok movie and drama online di waktu aku and housemate lain tengah dalam mood nak guna internet. Bukan mood nak study. Sama juga tengah dalam mood nak release tension after tak boleh jawab soalan2 Biology, Chemistry or Mathematics. Bila tengah tension ditambah dengan masalah seperti di atas, memang boleh menaikkan suhu badan, otak menggelegak, mulut terkumat-kamit menyumpah dan muka bertukar hijau. Baju koyak sedikit demi sedikit sebelum badan bertukar menjadi Hulk. *hiperbola la*
Ingat diorang je yang bayar internet, aku pun bayar la. Tiap2 bulan aku la ceti tak bertauliah minta duit kat korang coz aku nak pergi bayar kat pos office. Harapkan korang, maunya streamyx rumah kita dipotong atas sebab tak bayar. Sesuki hati je aku kutuk korang. Korang bukan faham pun apa yang aku tulis kan. Hahaha *evil laugh*
Apa aku nak buat ni???

Solution : Tutup suis internet. Tunggu beberapa minit.
Result : Bilik housemate senyap. Pastu dengar diorang tutup suis lampu. Bilik diorang gelap. Sah diorang nak tidur. And now.... tahap kelajuan internet rumah aku bapak laju sampaikan aku tak klik lagi icon google chrome kat desktop, tab google chrome muncul sendiri menggantikan gambar kat desktop aku. *hiperbola lagi, cukup2la menipu*


Suara hati : Sudah2 la tu. Bawa2 bertaubat.

Tuesday, September 21, 2010

=)

Aku tukar layout baru lagi. Aku dah puas hati dah dengan layout sebelum ni tapi bila time masukkan gambar, gambar tak muat. So, tukar yang baru ni. Agak2 yang ni OK kot. Mintak2 tahan lama. Thanx to Farah coz aku cilok link layout ni kat blog dia. =)
.
.
.
.
.
.
.
Idea tengah kering lagi. Malas nak membebel...

Monday, September 20, 2010

Tenang.Pantai.Ombak

Susah betul aku nak lelapkan mata akhir2 ni. Tapi time malam je la susah tidur. Siang senang je nak mengantuk. Kenapa aku susah nak tidur ekk? Maybe aku banyak berfikir pasal masalah aku. Dah dekat 2 jam aku paksa mata aku untuk lelap. Still tak terlelap langsung. Aku siap letak selimut atas curtain bilik aku supaya bilik bertambah gelap. Tapi result, zero. Dalam aku berusaha nak lelapkan mata, aku teringat pantai.

Aku suka pantai. Pantai menenangkan even laut bergelora, ombak kuat. Tapi tak la kuat macam ombak tsunami or ombak yang kuat sampaikan ada amaran "Jangan berada di tepi pantai. Terima kasih". Agak2 la nak kata pantai menenangkan kalau keadaan macam tu. Aku suka dengar bunyi ombak menghempas pantai. Tenang. Even laut bergelora and aku tak bole main dengan ombak tu, aku suka duduk di tepi pantai. Angin yang sepoi2 bahasa melayu or bahasa china mendamaikan hati aku. Sambil tu bolehla tengok keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Cantik. Sunset lagi. Wah, best tahap gaban. Tengok ombak menghempas pantai, tapi pantai tetap di situ. Tak berubah. Pantai kuat menerima badai ombak. Ombak datang dan pergi. Lepas tu datang lagi. Pastu, pergi pulak. Datang. Pergi. Dan seterusnya....

Aku kaitkan pantai dengan manusia. Ombak pulak masalah. Manusia tak lepas dengan masalah. Semua orang ada masalah. Tak kira la masalah besar ke kecil. Tetap dikira masalah. Tapi manusia kenalah tabah menghadapi masalah. Ujian semua tu. Pasti ada penyelesaian. Penyelesaian yang manusia itu sendiri tentukan.

Beberapa bulan lepas aku hadapi masalah. Agak rumit bagi aku. Masalah peribadi ditambah dengan masalah study. Result exam aku tak begitu memuaskan sampai aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Then Kak Izzah ajak bercuti kat rumah dia. Dia janji nak bawa aku pergi pantai. Dengar je perkataan PANTAI, aku terus setuju even weekend tu aku ada kelas. Ponteng je la. Sekali je. Kak Izzah menepati janjinya dengan bawa aku dengan Kak Sirhan pergi pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Ayah Kak Izzah drive. Memang sporting giler la parents Kak Izzah.

----> ni la port kitorang <-----


Sampai je pantai, aku terus main dengan air pantai, ombak, pasir. Lukis-lukis atas pasir. 3 jam kot kitorang main pantai. Nasib baik port yang kitorang pilih tak ramai orang. Tak la malu sangat.
Happening sangat. Best bangat. Then aku berpeluang main dengan ular sawa. First time pegang ular. Wohooo. Geli. Tapi experience yang superb la.

Sekarang masalah baru pulak timbul. Berat kali ini. Apa yang terlintas kat fikiran aku sekarang ialah
NAK PERGI PANTAI !!!!!!!!!!!

Friday, September 17, 2010

What SHOULD I do?

Apa aku patut buat? IELTS result hancur. A-Level result pun hancur. Aku tak patut ada kat sini agaknya. Nampak sangat aku tak bersyukur. Aku dah tak kuat sekarang. Aku tak bole hadapi kegagalan dah. Selalu je aku gagal. Kenapa Allah uji aku dengan dugaan macam ni? Mungkin usaha aku tak cukup. Mungkin ini balasan atas kesalahan aku dahulu. Kalau diikutkan, pelbagai soalan akan timbul dalam fikiran aku ni. Persoalan2 yang menjauhkan aku dari Allah. Buat sakit kepala je. Jawapan bagi persoalan yang timbul dalam fikiran aku dah Allah nyatakan dalam Al-Quran.

Nak retake IELTS? RM500. Berbaloi ke?

Kalau guna duit JPA, tinggal la kat aku RM1000 for 5 months after aku guna RM600 for retake A-Level and RM500 for retake IELTS. Cukup ke?

Solution : Istikharah. Semoga dapat petunjuk.