Wednesday, February 23, 2011

Rezeki Hari Maulidur Rasul

Salam...
Lama dah nak post pasal cuti Maulidur Rasul ni tapi baru hari ni dapat online free kat rumah Tok. Tapi bukan Tok aku yang ada internet, jangan salah faham pulak. Tok aku mana minat blog or fb ni. Tapi Maksu aku punya broadband. Punyalah payah nak cari hotspot, tapi jumpa juga kat dalam bilik Tok aku. Internet memang laju la dalam bilik Tok aku ni.


Sempena cuti Maulud, short form for Maulidur Rasul, Makngah and family ajak pergi bercuti kat Pantai Merdeka. Tapi disebabkan kekurangan bajet untuk bercuti, malam sebelum tu Abah ada cakap, " InsyaAllah kalau murah rezeki kita esok, kita boleh la pi". Murah rezeki means either Abah dapat duit padi or duit kereta. And keesokan harinya iaitu hari Isnin, Alhamdulillah dengan tak disangka, kawan Abah called and said, duit kereta boleh ambil hari ini. Abah pun terus kejutkan aku dari tidur sebab aku belum bangun tidur lagi waktu tu as selalu pukul 9.00 pagi baru bangun. Abah ajak pergi pasar beli barang-barang bbq and ayam ikan. On the way pergi pasar, MADA called and said, duit padi dah boleh pergi ambik. Sekali lagi Alhamdulillah, rezeki Allah mana la kita boleh jangka.


Pergi juga bercuti kat Pantai Merdeka. Menginap di  Merdeka Beach Resort tajaan Makngah. Pemandangan resort tu ok, cantik, tenang tapi yang tak bestnya room service teruk. Nasib baik kitorang spend masa dalam bilik untuk tidur je, yang lain banyak aktiviti luar. So, takdela nak menyumpah sangat.



photographer memang selalu tiada dalam gambar

Makanan tajaan Abah aku, masakan Emak dan Maksu, di'bbq' oleh aku dan tukang pengacau Ecah dengan Syifa', my cousin.

Malam bbq lupa nak snap gambar. 
Aktiviti kitorang, 
Malam before Maulud : bbq, makan, main bola, memancing, tengok langit kira bintang, tenangkan fikiran, menghayati ciptaan Allah
Hari Maulud : Mandi pantai, check out, pusing-pusing Kota Kuala Muda and Pantai Murni, Yan.

Saturday, February 12, 2011

Cuti = Holiday kan?

This is my first long long holiday yang aku pernah rasa sepanjang bergelar student. Korang pernah merasa holiday yang panjang after habis exam SPM. Aku sempat merasa about two weeks kot before aku dapat tawaran Fast Track Accountancy kat UiTM Shah Alam under tajaan MARA. Yes! I accepted the offer sebab aku tak yakin dengan SPM aku. Ye la, aku bukan pelajar top MRSM. Pointer pun tak sampai la 3.5. So, better aku terima offer tu.


Fast Track Accountancy maksudnya aku akan buat 2 tahun diploma and 2.5 tahun degree. Disebabkan aku fast track, aku tak dapat cuti sem sebab aku buat short sem  time tu. Orang lain cuti sem, aku and angkatan-angkatan aku terperap kat dalam kelas, study.
housemate kat UiTM


Then aku masuk UCSI yang kedekut dengan cuti.( sapa setuju angkat tangan).


Dengan habisnya A-Level, aku dapat cuti 5 bulan sebelum masuk degree. My comment is, borrringnyaaaa...

Mee Rebus R&R



Assalamualaikum and Salam Sejahtera...
Post untuk last day A-Level ada janji nak update blog before balik Kedah. Tapi tak berkesempatan sebab barang-barang banyak yang kena packing. Tu la, sapa suruh tak packing awal-awal. Niat di hati taknak buang masa packing barang sebab banyak lagi buku nak dibaca padahal banyak je buang masa dari study. Well, ini salah satu tabiat aku yang perlu dibuang dalam segi tiga bermuda. Banyak gila barang-barang yang hendak disumbat dalam kereta sampaikan seat belakang pun ada barang. Dulu first sem sikit je barang and Farah pernah cakap, barang aku paling sikit. Masuk rumah senior pun lenggang kangkung je la sebab rumah senior semua dah ada. Bila senior pindah keluar, senior tinggal la harta karun mereka itu.Sebab tu la time nak keluar hari tu, banyak barang giler-giler. 
Alhamdulillah kitorang sampai ke Kedah dengan selamat even masa kat KL, kitorang pusing-pusing juga la kat KL sebab Abah taktau jalan kat KL. And kesian kat Abah, mata Abah merah-merah tahan mengantuk. Nak tolong tapi aku kan takda lesen kereta. So, aku tolong berjaga sepanjang perjalanan untuk sembang dengan Abah. Kitorang banyak melawat R&R sebab Abah nak rest. Aku pula, kerja makan je tak kira la pukul berapa pun. Pukul 3 pagi Abah berhenti kat R&R, aku akan makan juga. Memang dasar perut tong. 




Dalam satu malam, aku makan 2 mee rebus di tempat yang berbeza, R&R Rawang and R&R Sungai Perak. Yummey!