Oh tidak!!!! Bangun lewat lagi. Dah 3 kali dah semester ni, aku bangun lewat untuk ke kelas.
Kali pertama ::
Aku terjaga pukul 9.30 pagi. Dengan tak mandi aku aku terus pecut ke kelas. Pukul 9.45 baru aku sampai kat kelas. Malu seh, dengan muka yang obvious sangat baru bangun tidur. Pastu, habis kelas aku terus pergi buat gambar pasport. Semestinya la dengan muka tak mandi aku tu. Tapi aku kesah apa. Bukan orang tahu pun aku tak mandi bila tengok gambar tu.
Kali kedua::
Kelas start pukul 8.00, aku terjaga pukul 8.30. Tambah tolak bahagi, maybe aku akan sampai kat kelas pukul 8.45. Separuh kelas aku akan burn. So, baik tak payah pergi. Tidur lagi bagus. Heaven je rasa bila dapat tidur padahal rakan2 seperjuangan yang lain tengah berjuang memfokuskan minda dengan lecture BIOLOGY. Memang aku tak ada perasaan bersalah langsung.
Kali ketiga::
Pagi tadi, kelas start pukul 9.30, aku bangun pukul 10.00. Sama je keadaan macam kat atas. Tapi kali ni aku rasa bersalah sangat tak pergi kerana hari ni ada experiment main cucuk2 dengan snail @ siput b##i @ siput khinzir dengan bahasa yang sopan. Rugi siotttt. Bukan selalu dapat tawaran free mendera binatang dalam bulan puasa ni. Ni mesti sebab aku tidur lewat semalam marathon drama korea PERSONAL TASTE sorang2. Pastu aku pegi la jugak kelas math. Kawan aku pula announce kelas chemistry tak ada. Siooottt sekali lagi. Kalau aku tau, sah2 aku sambung je berlingkar atas katil. Pegi kelas math pun bukan aku belajar sangat (macam la kelas lain aku concentrate belajar), siap nyanyi lagu raya lagi dalam kelas. Raya ada la 2 minggu lagi. Nampak sangat aku ni golongan budak2 tadika.
Ni la antara disadvantages bila tak dapat serumah dengan rakan2 sebaya. Takda sesapa pun dapat kejutkan aku bangun pegi kelas.Haila..Haila....