Cuaca : Tak hujan. Langit gelap sebab dah malam.
Suasana : Sunyi. Kalau aku bela cengkerik dalam rumah aku, sure dengar bunyi cengkerik je.
Kesihatan : Alhamdulillah, sihat. Lapar. Stok makanan kurang. Kuih raya ada, tapi aku tak suka makan kuih raya. Rasa macam makan tepung je. Tapi memang patut pun. Dah asas resepi dia tepung. Megi ada sebungkus. Tapi kalau makan megi, takda ummph... sebab takda teman nak diajak berebut makan megi. Masak? Kawan karib aku, Si Pemalas dah datang menyendeng kat badan aku. Makan angin je la. Kipas tengah laju ni. Speed 5. Kenyang kot.
Emosi : Geram! Geram! Geram! Lately, kadar kelajuan internet rumah aku bapak slow mengalahkan kura2 baru nak belajar bertatih. Nak buka emel pun tak boleh apatah lagi nak buka Facebook even Facebook dah takda makna dalam hidupku. Puitis ayat aku. Most importantly, nak blogging pun tak bole.
Punca : Setelah dikaji oleh aku sendiri, punca masalah ini berlaku kerana housemates aku, geng foreigners from China tengok movie and drama online di waktu aku and housemate lain tengah dalam mood nak guna internet. Bukan mood nak study. Sama juga tengah dalam mood nak release tension after tak boleh jawab soalan2 Biology, Chemistry or Mathematics. Bila tengah tension ditambah dengan masalah seperti di atas, memang boleh menaikkan suhu badan, otak menggelegak, mulut terkumat-kamit menyumpah dan muka bertukar hijau. Baju koyak sedikit demi sedikit sebelum badan bertukar menjadi Hulk. *hiperbola la*
Ingat diorang je yang bayar internet, aku pun bayar la. Tiap2 bulan aku la ceti tak bertauliah minta duit kat korang coz aku nak pergi bayar kat pos office. Harapkan korang, maunya streamyx rumah kita dipotong atas sebab tak bayar. Sesuki hati je aku kutuk korang. Korang bukan faham pun apa yang aku tulis kan. Hahaha *evil laugh*
Apa aku nak buat ni???
Solution : Tutup suis internet. Tunggu beberapa minit.
Result : Bilik housemate senyap. Pastu dengar diorang tutup suis lampu. Bilik diorang gelap. Sah diorang nak tidur. And now.... tahap kelajuan internet rumah aku bapak laju sampaikan aku tak klik lagi icon google chrome kat desktop, tab google chrome muncul sendiri menggantikan gambar kat desktop aku. *hiperbola lagi, cukup2la menipu*
Suara hati : Sudah2 la tu. Bawa2 bertaubat.