Di sini aku nak share la jugak kegunaan Minyak Cap Kapak dengan stalker2 aku kat blog ni. Antara kegunaan Minyak Cap Kapak ialah ::
1. Mengurangkan or menghilangkan sakit kepala, sakit perut. Nak ponteng kelas tu dengan alasan sakit perut or sakit kepala, boleh la sapukan kat dahi or perut. Kan ada bau Minyak Cap Kapak. So, nampak la sikit yang memang anda benar sakit kepala or sakit perut.
2. Mengurangkan loya2 bagi wanita pregnant.Wanita pregnant boleh la hidu2 bau minyak ni. Gaya hidu tu jangan la macam nak menghidu gam. Sapukan sikit kat dahi and suruh orang bersebelahan anda urutkan kepala anda. Nak pulak kalau nak manja2 dengan suami or nak tahu suami anda ni caring tak kat anda. Boleh la suruh suami urutkan.
3. Mengurangkan or menghilangkan angin2 dalam badan. Sapukan kat perut.
4. Untuk urutan perut masa senggugut or period pain. Bagi perut rasa sejuk2 sikit. Baru senang nak lena. Kalau dah tidur, memang tak rasa dah la period pain.
5. Mengurangkan or menghilangkan perasaan mengantuk. Boleh la digunakan oleh pelajar2 yang giat, semangat, pulun stay up study or main dota. Sapukan sedikit kat kelopak mata. Bukan kat biji mata. Kalau nak try, tanggung la sendiri akibatnya. Boleh juga bau minyak tu. Sekali lagi, jangan la taksub sangat hidu bau minyak ni. Kena addicted pulak nanti.
6. Selsema. Pakej selsema ialah sakit kepala, berhingus and bersin. Untuk sakit kepala, rujuk di atas. Untuk berhingus or hingus sukar nak keluar, boleh la hidu2 sikit or sapukan sikit kat hidung. Senang sikit hingus nak keluar.
7. Untuk urutan sakit otot dan sakit sendi. Sapukan kat belakang leher, dahi, bahu and mana2 tempat yang anda nak sapu.
8. Bagi yang batuk2, bolehlah minum setitik minyak ni. Aku tak tahu la kesahihannya. My lecturer from India yang bagitahu. Boleh menghilangkan gatal2 di tekak anda. Aku tak pernah try because aku takut nak try. Minyak ni kan panas. Takut tekak aku pedih or luka. Sesapa nak try and mahu tanggung sendiri akibatnya, bolehlan Jadi apa2 jangan salahkan aku or lecturer aku. Setakat sekarang, lecturer aku ok je pun.
9. Minyak Cap Kapak juga boleh digunakan untuk dibuat perfumes. Ini untuk orang yang sangat menyukai bau minyak ni or orang yang takdak duit nak beli perfumes yang mahal2.
*sesapa tak kenal minyak cap kapak, ni la rupa dia*
p/s: untuk bayi,agak tak digalakkan untuk guna.