Lama dah nak post pasal cuti Maulidur Rasul ni tapi baru hari ni dapat online free kat rumah Tok. Tapi bukan Tok aku yang ada internet, jangan salah faham pulak. Tok aku mana minat blog or fb ni. Tapi Maksu aku punya broadband. Punyalah payah nak cari hotspot, tapi jumpa juga kat dalam bilik Tok aku. Internet memang laju la dalam bilik Tok aku ni.
Sempena cuti Maulud, short form for Maulidur Rasul, Makngah and family ajak pergi bercuti kat Pantai Merdeka. Tapi disebabkan kekurangan bajet untuk bercuti, malam sebelum tu Abah ada cakap, " InsyaAllah kalau murah rezeki kita esok, kita boleh la pi". Murah rezeki means either Abah dapat duit padi or duit kereta. And keesokan harinya iaitu hari Isnin, Alhamdulillah dengan tak disangka, kawan Abah called and said, duit kereta boleh ambil hari ini. Abah pun terus kejutkan aku dari tidur sebab aku belum bangun tidur lagi waktu tu as selalu pukul 9.00 pagi baru bangun. Abah ajak pergi pasar beli barang-barang bbq and ayam ikan. On the way pergi pasar, MADA called and said, duit padi dah boleh pergi ambik. Sekali lagi Alhamdulillah, rezeki Allah mana la kita boleh jangka.
Pergi juga bercuti kat Pantai Merdeka. Menginap di Merdeka Beach Resort tajaan Makngah. Pemandangan resort tu ok, cantik, tenang tapi yang tak bestnya room service teruk. Nasib baik kitorang spend masa dalam bilik untuk tidur je, yang lain banyak aktiviti luar. So, takdela nak menyumpah sangat.
photographer memang selalu tiada dalam gambar
Makanan tajaan Abah aku, masakan Emak dan Maksu, di'bbq' oleh aku dan tukang pengacau Ecah dengan Syifa', my cousin.
Malam bbq lupa nak snap gambar.
Aktiviti kitorang,
Malam before Maulud : bbq, makan, main bola, memancing, tengok langit kira bintang, tenangkan fikiran, menghayati ciptaan Allah
Hari Maulud : Mandi pantai, check out, pusing-pusing Kota Kuala Muda and Pantai Murni, Yan.