Thursday, October 21, 2010

Ada apa dengan Minyak Cap Kapak?

Minyak Cap Kapak memang dikenali sejak aku budak hingusan lagi. Sampai sekarang minyak ini still wujud. Memang aku tak tahu la nak cakap apa kat insan yang warganegaranya Malaysia, tetapi tidak kenal minyak ni. Minyak Cap Kapak ini kegunaannya tidak ada kena mengena dengan kapak. Ingredients pun tak ada kena mengena dengan kapak. Memang aku agak hairan la kenapa minyak ni diberi nama Minyak Cap Kapak. Sesapa yang tahu, bolehlah tolong bagitahu. Share2 la ilmu yang ada. Jangan kedekut sangat.



Di sini aku nak share la jugak kegunaan Minyak Cap Kapak dengan stalker2 aku kat blog ni. Antara kegunaan Minyak Cap Kapak ialah ::





1.      Mengurangkan or menghilangkan sakit kepala, sakit perut. Nak ponteng kelas tu dengan alasan sakit perut or sakit kepala, boleh la sapukan kat dahi or perut. Kan ada bau Minyak Cap Kapak. So, nampak la sikit yang memang anda benar sakit kepala or sakit perut.

2.      Mengurangkan loya2 bagi wanita pregnant.Wanita pregnant boleh la hidu2 bau minyak ni. Gaya hidu tu jangan la macam nak menghidu gam. Sapukan sikit kat dahi and suruh orang bersebelahan anda urutkan kepala anda. Nak pulak kalau nak manja2 dengan suami or nak tahu suami anda ni caring tak kat anda. Boleh la suruh suami urutkan.

3.      Mengurangkan or menghilangkan angin2 dalam badan. Sapukan kat perut.

4.      Untuk urutan perut masa senggugut or period pain. Bagi perut rasa sejuk2 sikit. Baru senang nak lena. Kalau dah tidur, memang tak rasa dah la period pain.

5.      Mengurangkan or menghilangkan perasaan mengantuk. Boleh la digunakan oleh pelajar2 yang giat, semangat, pulun stay up study or main dota. Sapukan sedikit kat kelopak mata. Bukan kat biji mata. Kalau nak try, tanggung la sendiri akibatnya. Boleh juga bau minyak tu. Sekali lagi, jangan la taksub sangat hidu bau minyak ni. Kena addicted pulak nanti.

6.      Selsema. Pakej selsema ialah sakit kepala, berhingus and bersin. Untuk sakit kepala, rujuk di atas. Untuk berhingus or hingus sukar nak keluar, boleh la hidu2 sikit or sapukan sikit kat hidung. Senang sikit hingus nak keluar.

7.      Untuk urutan sakit otot dan sakit sendi. Sapukan kat belakang leher, dahi, bahu and mana2 tempat yang anda nak sapu.

8.      Bagi yang batuk2, bolehlah minum setitik minyak ni. Aku tak tahu la kesahihannya. My lecturer from India yang bagitahu. Boleh menghilangkan gatal2 di tekak anda. Aku tak pernah try because aku takut nak try. Minyak ni kan panas. Takut tekak aku pedih or luka. Sesapa nak try and mahu tanggung sendiri akibatnya, bolehlan Jadi apa2 jangan salahkan aku or lecturer aku. Setakat sekarang, lecturer aku ok je pun.

9.      Minyak Cap Kapak juga boleh digunakan untuk dibuat perfumes. Ini untuk orang yang sangat menyukai bau minyak ni or orang yang takdak duit nak beli perfumes yang mahal2.

                                                       
                                *sesapa tak kenal minyak cap kapak, ni la rupa dia*


p/s: untuk bayi,agak tak digalakkan untuk guna.



Monday, October 18, 2010

Is your life exciting?

What is ur latest exciting day? *soalan yang aku kena jawab kat Youthsay*
Ok. The latest is last Saturday. Aku join Hope Revive Club punya program. Pergi charity visit kat Rumah Titian Kaseh. Basically, rumah ni adalah shelter home for orphanage, single mother, old folks and OKU. This is my first experience. Superb best.

Memang aku sangat teruja nak pergi rumah tu. Nak jumpa sendiri ahli2 rumah tu. Nak selami perasaan mereka. Kalau boleh nak share diaorang punya pengalaman. Nak bayangkan diri aku apabila aku berada di tempat mereka. Pastu, buat sehabis baik untuk ringankan beban mereka. They need love, and I have that love, so I want to share with them. Nothing much. Just love right. Love are free.

Spent only about 4 hours with them memang best. Sesi berkenalan. Main2 games. Diaorang memang friendly. Senang je nak berkawan even baru kenal. Just tanya nama, diaorang dah boleh diajak gelak ketawa, sembang, usik-mengusik, main2 and gaduh2.


*Aku, Kimi, Fadil,Farah main games*

Kitorang ada jugak bersihkan rumah tu. Aku ditugaskan bersih rumah perempuan. Tak banyak kerja sangat. Aku cuci kat dapur. Besar dapur tu. Tapi sempat la bersihkan even air paip slow.

Lepas cuci, kitorang lunch. Soal rezeki Allah yang tentukan. Memang murah rezeki budak2 tu. Lunch kitorang, macam2 makanan ada. Macam kenduri untuk 200 orang je. Ada peniaga ni tak jadi berniaga hari itu, sedekahkan makanan kat rumah tu. Alhamdulillah. Aku makan tiga kali tambah. Tapi bukan aku seorang je. Aku share dengan sorang budak( Kimi) yang kusyuk main games kat handphone Farah, my junior. Bila tanya, Kimi taknak makan ke? Dia cakap taknak. Tapi bila aku suap, buka je mulut. Tapi mata still menghadap phone. Memang selera betul budak tu makan ditambah aku suap and dia main games. Favourite kitaorang sama, ikan keli. Kira 4 bahagian ikan la kitorang makan. Sangat kenyang. Habis makan aku and the geng basuh segala pinggan, cawan and kuali kat dapur. Aku memang suka kerja2 basuh pinggan ramai2. Meriah.

Last, kitorang nak bertolak balik. Ada sorang budak, Tajol, yang banyak gak la buat hal masa main games. Tapi biasa la budak2. Masa nak balik, Tajol nak ikut kitorang. Kitorang tak tahu nak pujuk macam mana. Then dia menangis. Sayu aku tengok muka dia. Aku tak dapat tahan. Aku menangis jugak. Last2, Tajol merajuk then lari masuk office kat rumah tu. Tak sempat nak peluk dia. Then ada sorang girl peluk aku. Memang sebak la.

*Tajol*

Kalau ada peluang lagi, memang aku nak pergi Rumah Titian Kaseh.

Thursday, October 14, 2010

mood 'lagu aku tak famous lagi' - ssk


Apa yang aku tensionkan hari ni ekk? Appetite aku mengalahkan orang tak makan 2 hari. Pagi2 mood dah tak ok. Pastu breakfast bihun goreng. Lunch roti hot dog. Minum petang aku makan nasi lemak. Dinner pulak roti canai dengan nescafe. Naik berat badan aku hari ni. Ntah2 dah 2 kg.
Berbalik kepada soalan aku. Apa yang aku tensionkan hari ni ekk?

........tiada jawapan.............

..............sepi....................

...........bunyi cengkerik............

.............10 minit berlalu............

Ok. Aku rasa jawapan kepada soalan aku ialah, aku tension kerana aku taktau jawapan kepada soalan 'apa yang aku tensionkan hari ini?'




Wednesday, October 13, 2010

Takda maknanya

Tersangat la aku buang masa aku macam buang tisu paper dalam tong sampah. Sepanjang 2 minggu hidup aku tak efficient. Sibuk dengan aktiviti yang tak menjanjikan masa depan yang cerah. Main je kerja. Mengalahkan budak baru dapat mainan. Tadi main lampu LED terbang kat kawasan lapang pun dah macam budak2. Tapi tak la malu sangat kalau dah dapat kawan2 seangkatan yang perangai tak cukup umur tu. Enjoy habis. Lepak memanjang.

Agak berat la minggu depan. Biology test ditambah pula Chemistry test. Weekend ni sibuk dengan program. Bila la nak study ni....

Bilik aku pun dah macam bilik yang takda penghuni sepanjang 2 tahun. Bersepah. Nak kemas tapi selalu balik bilik je mata dah nampak ke katil memanggil. Dah tak nampak dah bilik yang bersepah tu. Tidur lagi best. Siot la.

Perlukan perubahan. Kemas bilik then study untuk test minggu depan. Misi mesti dijalankan dengan jayanya. Nescafe boleh jadi teman setia. Penangan Nescafe untuk mengubati penyakit suka tidur memang berkesan. Memang mata aku takkan lelap sebelum tibanya Subuh.
.
.
.
.
.
Apa-apa hal, aku tersangat la mengantuk sekarang. Tidur dulu....

Sunday, October 10, 2010

Cerita Weekeend Aku

Lama gila tak update. Tahap kemalasan aku meng'update' semakin menjadi lately, sebab yang aku sendiri tak tahu. Dah malas tu memang malas la.

Kita cerita pasal hari Jumaat
First time aku semangat nak pegi tengok game sambil menyokong. Sebab pertama, budak kelas aku main 2 game untuk final, badminton men double and basketball. Sebelum ni, tak pernah pun aku pergi tengok budak kelas aku main because aku nak gunakan masa itu untuk tidur. Bila budak kelas aku main 2 games untuk final, baru aku semangat nak pergi sokong. Siap buat 'pom-pom' lagi. Sebab kedua, Mr. Derek bagi ferrero rocher. And aku plak dapat dua padahal aku tak main game apa2 pun. Memang nak sokong habis-habisan la. First game, badminton men double. Agak sengit. Tapi kitorang kalah kepada budak kelas sebelah. Tak kisah la. Batch kitaorang jugak yang menang and at least ada wakil Melayu yang menang.
Time basketball, memang gerun la mula2 bila tahu pihak lawan Nigerian. Nigerian kan semua orang tahu, panas baran and suka cari gaduh. And memang pun masa main game. Banyak betul controversies. Dekat referee pun kitorang tak puas hati. Banyak betul masalah. Last2, kelas kitorang menang jugak basketball. And kitorang menang juara keseluruhan. Congrate la Paul *taktik bontot*, Kit Wing *asyik jatuh je coz kurus sangat* and Syahirah *jatuh juga kena rempuh dek Nigerian*.
Malam tu plak, Aina, Aisyah, Hana and aku jalan2 pegi I-City. Memang lama dah aku nak pegi tempat tu. Terpegun la tengok tempat tu, banyak lampu yg colourful and macam2 bentuk. Sempat beli souvenir. Cekak bunny yang ada lampu warna-warni. Macam budak2. Balik around 12.00 am.

Cerita hari Sabtu pulak
Siang macam biasa. After Maghrib, Aisyah ajak pergi Mid Valley. Aku on je coz aku memang suka berjalan2. Memang aku kenyang, tapi banyak juga aku makan kat Popeye's. After makan kitorang ingat nak merewang lagi kat kedai2, tapi kedai semua dah tutup. So, Farah ajak tengok movie. Aku nak tengok citer Devil, tapi yang lain taknak scary movie. Takkan aku nak pergi tengok sorang2 kot. So, aku ikut je la rentak dorang. Tengok The Switch. Beki tiket around 10.30, start movie pukul 12.15. Agak lama la nak tunggu dengan kedai plak tak buka. Kitorang duduk je la melepak dekat kerusi kosong berhampiran. Not bad la citer The Switch, lawak. Habis tengok movie pukul 2.15 am. Kalau mak aku tahu ni, memang kena marah la. Anak dara beliau merewang pagi2 buta.

Ada tak korang nampak perkataan STUDY dalam cerita aku kat atas?



Monday, October 4, 2010

PMR esok ke weyh? Gilo la aku macam ni...

"PMR start esok pagi. Berdebar2 aku dibuatnya. Buku tak baca habis lagi. Otak dah tepu. Nak main PS2 la. Tapi mana nak cari PS2 tu. Rumah aku mana ada PS2. Mak abah takda kat rumah. Kalau mengenangkan esok bukan PMR, dah lama aku join kawan2 aku melepak. Aiseyh, aku sorang je yang amik PMR tahun ni. Geng2 lepak lain dah amik dah tahun lepas.
Mak......... kenapa mak tinggalkan Adik. Adik nak tengok muka Mak, nak minta restu Mak dulu before amik exam esok. Penting sangat ke kenduri tu daripada Adik". T_T
.
.
.
.
.
.
Ni maybe luahan hati adik aku kat rumah. Padan muka kena tinggal sorang2 kat umah. Hahaha
1st time dengar adik aku menangis sebab esok tak boleh tengok muka Mak before amik PMR. Mak aku ada kenduri kat Perlis, negeri kelahiran beliau. So beliau meninggalkan adik aku keseorang di rumah. Ala....apa susah, snap je 10 gambar Mak, esok boleh gak tengok muka Mak before exam.
Tak pernah adik aku menangis kerana exam. Maybe dah ada kesedaran kot dalam diri dia. Padahal sebelum ni, exam ke tak, sama je. Makan, tengok TV, makan, lepak, makan, tidur, makan. Kenapa aku ulang makan dua tiga kali? Sebab adik aku suka makan. Aku masak la apa pun, semua dia tibai.. Adik aku memang sihat.

Rasa bersalah pulak aku sebagai kakak jarang tolong dia dalam pelajaran. Dari aku sekolah menengah, aku jarang spend masa dengan adik aku coz aku duduk asrama. So, jarang tersangat la aku tolong dia dalam pelajaran. Maybe sebab tu kot adik aku malas belajar. Sebab takdak influence kat rumah. Influence kat rumah, TV and kengkawan dia. Dia pernah cakap kat aku, taknak belajar rajin2 coz taknak ada banyak kerja sekolah and tak payah fikir pasal sekolah. Kengkawan dia buat macam tu la masa PMR dulu. Memang panas je telinga dengar adik aku cakap macam tu. Macam nak tarik je telinga dia 5 inch. Cakap tak fikir masa depan. Hampeh

Apa2 hal, aku doakan adik aku selamat menghadapi PMR. Semoga dia pulun betul2 untuk exam ni. Dapat jawab dengan tenang. Jangan overconfident or over gabra. I know you can do it!

Friday, October 1, 2010

GeeWang

Dia online!!!
Wah, gumbira + berdebar + koya + waiting.....
Tunggu dia tegur kat YM. Aku tak pernah terasa nak tegur dia dulu becoz aku taktau nak start conversation tu macam mana. Memang la aku ni mesra alam overdose kadang2, but untuk start conversation dengan dia, aku takdak idea. Nak tegur ke tak? Just nak kenal dia. Nak bahasakan diri apa ekk? Saya-awak? Aku-kau? I-you? Kekanda- adinda *yang ni merapu*
Tak payah la. Kalau dapat kenal dia, nak buat apa? Nak masuk minang? Tu dah luar alam.
Hujung tahun lepas, my friend ada suggest dia nak tolong kitorang. Aku taktau nak respond apa. Then my friend still nak tolong, aku biar je la. Berdebar rasa. Tapi dah beberapa bulan, masih tak dapat apa2 respond. Pastu dah taknak amik kesah pasal dia dah. Tapi sampai sekarang, bila nampak dia online, automatically aku akan senyum.
Betul ke aku suka dia. Kenapa aku suka dia even aku tak kenal pun dia tu siapa. Just kenal nama dan muka. Then kalau dia respond, aku nak buat apa. Couple?*jauh betul berangan* Aku tak suka couple before kawen.Dah tu nak buat apa dengan dia?
Takdak jawapan.

Wednesday, September 22, 2010

Muahahaha ;)

Cuaca : Tak hujan. Langit gelap sebab dah malam.

Suasana : Sunyi. Kalau aku bela cengkerik dalam rumah aku, sure dengar bunyi cengkerik je.

Kesihatan : Alhamdulillah, sihat. Lapar. Stok makanan kurang. Kuih raya ada, tapi aku tak suka makan kuih raya. Rasa macam makan tepung je. Tapi memang patut pun. Dah asas resepi dia tepung. Megi ada sebungkus. Tapi kalau makan megi, takda ummph... sebab takda teman nak diajak berebut makan megi. Masak? Kawan karib aku, Si Pemalas dah datang menyendeng kat badan aku. Makan angin je la. Kipas tengah laju ni. Speed 5. Kenyang kot.

Emosi : Geram! Geram! Geram! Lately, kadar kelajuan internet rumah aku bapak slow mengalahkan kura2 baru nak belajar bertatih. Nak buka emel pun tak boleh apatah lagi nak buka Facebook even Facebook dah takda makna dalam hidupku. Puitis ayat aku. Most importantly, nak blogging pun tak bole.

Punca : Setelah dikaji oleh aku sendiri, punca masalah ini berlaku kerana housemates aku, geng foreigners from China tengok movie and drama online di waktu aku and housemate lain tengah dalam mood nak guna internet. Bukan mood nak study. Sama juga tengah dalam mood nak release tension after tak boleh jawab soalan2 Biology, Chemistry or Mathematics. Bila tengah tension ditambah dengan masalah seperti di atas, memang boleh menaikkan suhu badan, otak menggelegak, mulut terkumat-kamit menyumpah dan muka bertukar hijau. Baju koyak sedikit demi sedikit sebelum badan bertukar menjadi Hulk. *hiperbola la*
Ingat diorang je yang bayar internet, aku pun bayar la. Tiap2 bulan aku la ceti tak bertauliah minta duit kat korang coz aku nak pergi bayar kat pos office. Harapkan korang, maunya streamyx rumah kita dipotong atas sebab tak bayar. Sesuki hati je aku kutuk korang. Korang bukan faham pun apa yang aku tulis kan. Hahaha *evil laugh*
Apa aku nak buat ni???

Solution : Tutup suis internet. Tunggu beberapa minit.
Result : Bilik housemate senyap. Pastu dengar diorang tutup suis lampu. Bilik diorang gelap. Sah diorang nak tidur. And now.... tahap kelajuan internet rumah aku bapak laju sampaikan aku tak klik lagi icon google chrome kat desktop, tab google chrome muncul sendiri menggantikan gambar kat desktop aku. *hiperbola lagi, cukup2la menipu*


Suara hati : Sudah2 la tu. Bawa2 bertaubat.

Tuesday, September 21, 2010

=)

Aku tukar layout baru lagi. Aku dah puas hati dah dengan layout sebelum ni tapi bila time masukkan gambar, gambar tak muat. So, tukar yang baru ni. Agak2 yang ni OK kot. Mintak2 tahan lama. Thanx to Farah coz aku cilok link layout ni kat blog dia. =)
.
.
.
.
.
.
.
Idea tengah kering lagi. Malas nak membebel...

Monday, September 20, 2010

Tenang.Pantai.Ombak

Susah betul aku nak lelapkan mata akhir2 ni. Tapi time malam je la susah tidur. Siang senang je nak mengantuk. Kenapa aku susah nak tidur ekk? Maybe aku banyak berfikir pasal masalah aku. Dah dekat 2 jam aku paksa mata aku untuk lelap. Still tak terlelap langsung. Aku siap letak selimut atas curtain bilik aku supaya bilik bertambah gelap. Tapi result, zero. Dalam aku berusaha nak lelapkan mata, aku teringat pantai.

Aku suka pantai. Pantai menenangkan even laut bergelora, ombak kuat. Tapi tak la kuat macam ombak tsunami or ombak yang kuat sampaikan ada amaran "Jangan berada di tepi pantai. Terima kasih". Agak2 la nak kata pantai menenangkan kalau keadaan macam tu. Aku suka dengar bunyi ombak menghempas pantai. Tenang. Even laut bergelora and aku tak bole main dengan ombak tu, aku suka duduk di tepi pantai. Angin yang sepoi2 bahasa melayu or bahasa china mendamaikan hati aku. Sambil tu bolehla tengok keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Cantik. Sunset lagi. Wah, best tahap gaban. Tengok ombak menghempas pantai, tapi pantai tetap di situ. Tak berubah. Pantai kuat menerima badai ombak. Ombak datang dan pergi. Lepas tu datang lagi. Pastu, pergi pulak. Datang. Pergi. Dan seterusnya....

Aku kaitkan pantai dengan manusia. Ombak pulak masalah. Manusia tak lepas dengan masalah. Semua orang ada masalah. Tak kira la masalah besar ke kecil. Tetap dikira masalah. Tapi manusia kenalah tabah menghadapi masalah. Ujian semua tu. Pasti ada penyelesaian. Penyelesaian yang manusia itu sendiri tentukan.

Beberapa bulan lepas aku hadapi masalah. Agak rumit bagi aku. Masalah peribadi ditambah dengan masalah study. Result exam aku tak begitu memuaskan sampai aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Then Kak Izzah ajak bercuti kat rumah dia. Dia janji nak bawa aku pergi pantai. Dengar je perkataan PANTAI, aku terus setuju even weekend tu aku ada kelas. Ponteng je la. Sekali je. Kak Izzah menepati janjinya dengan bawa aku dengan Kak Sirhan pergi pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Ayah Kak Izzah drive. Memang sporting giler la parents Kak Izzah.

----> ni la port kitorang <-----


Sampai je pantai, aku terus main dengan air pantai, ombak, pasir. Lukis-lukis atas pasir. 3 jam kot kitorang main pantai. Nasib baik port yang kitorang pilih tak ramai orang. Tak la malu sangat.
Happening sangat. Best bangat. Then aku berpeluang main dengan ular sawa. First time pegang ular. Wohooo. Geli. Tapi experience yang superb la.

Sekarang masalah baru pulak timbul. Berat kali ini. Apa yang terlintas kat fikiran aku sekarang ialah
NAK PERGI PANTAI !!!!!!!!!!!