Seperti kebiasaan, aku sungguh suka buang masa dengan mengadap menatang laptop ni. Bukan nak study pun. Selasa dah trial exam. Trial ni agak penting kot untuk kemasukan aku di peringkat degree nanti. Aku sedar akan benda tu, tapi still aku tak berubah. Maybe aku ni tak berusaha untuk berubah. Aku patut rendam je laptop aku ni kat dalam air banjir depan rumah aku. Selesai satu masalah. Tapi ni bukan laptop aku, laptop abah aku sebab abah aku beli guna duit beliau. So, aku tak boleh sesuka hati nak musnahkan laptop beliau.
Untuk menjalankan misi ni, aku patut bagi anak sedara aku, Ecah yang berusia 8 bulan tu. Ecah boleh la practice main bola sepak dengan laptop ni dengan menolak laptop aku guna babywalker dia then plup!. Laptop aku dah terberenang dalam air banjir yang berada betul2 depan pintu rumah. "Tolong!! Tolong!!" Oh lupa plak laptop aku rasanya tak reti berenang sebab aku terlupa nak hantar laptop tu belajar berenang kat SYABAK *Syarikat Bekalan Air Kedah*. So, laptop itu akan tenggelam serta merta dek kerana density laptop lebih berat dari air. Laptop tu mati kerana kelemasan selepas tidak boleh bernafas. Kesian.... Wahaha!!!Sungguh jahat idea aku. Memang seorang pembazir la aku ni. Dan juga seorang yang tidak bersyukur dengan kemewahan laptop ini. Membazir amalan syaitan. So, katakan TIDAK dalam menjalankan misi memusnahkan laptop ini.
Apa2 hal laptop ni banyak berjasa kat aku. Contohnya memudahkan aku menyiapkan assignment. Tak payah dah tulis guna kuasa tangan, taip je. Pastu, aku boleh tengok movie kat sini. Tak perlu dah nak beli set video player plus television plus home theater. Then, aku boleh gunakan untuk online. Dapat banyak info dalam internet. Boleh aku bersosial guna facebook yang pasti. Tak payah dah keluar rumah untuk bersosial. Boleh juga shopping online. Jimat duit tambang. Seterusnya aku boleh main bermacam2 jenis games untuk mengembangkan perkembangan otak. Main games ni perlukan strategi. So, banyak la neuron dalam otak aku ni berhubung.
Disadvantages ada laptop ni datang dari diri aku sendiri yang lalai dengan tanggungjawab sendiri. Yang tidak tegas dengan diri sendiri. Yang mudah terpengaruh dengan godaan syaitan and nafsu. Yang tidak reti manage hidup sendiri. Aku sungguh alpa. Ampunkan aku Ya Allah.
Untuk menaikkan semangat study aku, aku rasa aku perlukan role-model or someone yang boleh push aku untuk study. Yang boleh ajar aku kalau aku tak paham dalam study. Yang boleh pantau aku hari2. Memang la aku dah besar, boleh fikir diri sendiri, tapi entahla. Aku insan biasa.Yang alpa dengan kemudahan yang ada. By the way, ada tak sesapa yang sudi tawarkan diri untuk jawatan di atas? Gaji boleh runding.
^_^


