Wednesday, September 22, 2010

Muahahaha ;)

Cuaca : Tak hujan. Langit gelap sebab dah malam.

Suasana : Sunyi. Kalau aku bela cengkerik dalam rumah aku, sure dengar bunyi cengkerik je.

Kesihatan : Alhamdulillah, sihat. Lapar. Stok makanan kurang. Kuih raya ada, tapi aku tak suka makan kuih raya. Rasa macam makan tepung je. Tapi memang patut pun. Dah asas resepi dia tepung. Megi ada sebungkus. Tapi kalau makan megi, takda ummph... sebab takda teman nak diajak berebut makan megi. Masak? Kawan karib aku, Si Pemalas dah datang menyendeng kat badan aku. Makan angin je la. Kipas tengah laju ni. Speed 5. Kenyang kot.

Emosi : Geram! Geram! Geram! Lately, kadar kelajuan internet rumah aku bapak slow mengalahkan kura2 baru nak belajar bertatih. Nak buka emel pun tak boleh apatah lagi nak buka Facebook even Facebook dah takda makna dalam hidupku. Puitis ayat aku. Most importantly, nak blogging pun tak bole.

Punca : Setelah dikaji oleh aku sendiri, punca masalah ini berlaku kerana housemates aku, geng foreigners from China tengok movie and drama online di waktu aku and housemate lain tengah dalam mood nak guna internet. Bukan mood nak study. Sama juga tengah dalam mood nak release tension after tak boleh jawab soalan2 Biology, Chemistry or Mathematics. Bila tengah tension ditambah dengan masalah seperti di atas, memang boleh menaikkan suhu badan, otak menggelegak, mulut terkumat-kamit menyumpah dan muka bertukar hijau. Baju koyak sedikit demi sedikit sebelum badan bertukar menjadi Hulk. *hiperbola la*
Ingat diorang je yang bayar internet, aku pun bayar la. Tiap2 bulan aku la ceti tak bertauliah minta duit kat korang coz aku nak pergi bayar kat pos office. Harapkan korang, maunya streamyx rumah kita dipotong atas sebab tak bayar. Sesuki hati je aku kutuk korang. Korang bukan faham pun apa yang aku tulis kan. Hahaha *evil laugh*
Apa aku nak buat ni???

Solution : Tutup suis internet. Tunggu beberapa minit.
Result : Bilik housemate senyap. Pastu dengar diorang tutup suis lampu. Bilik diorang gelap. Sah diorang nak tidur. And now.... tahap kelajuan internet rumah aku bapak laju sampaikan aku tak klik lagi icon google chrome kat desktop, tab google chrome muncul sendiri menggantikan gambar kat desktop aku. *hiperbola lagi, cukup2la menipu*


Suara hati : Sudah2 la tu. Bawa2 bertaubat.

Tuesday, September 21, 2010

=)

Aku tukar layout baru lagi. Aku dah puas hati dah dengan layout sebelum ni tapi bila time masukkan gambar, gambar tak muat. So, tukar yang baru ni. Agak2 yang ni OK kot. Mintak2 tahan lama. Thanx to Farah coz aku cilok link layout ni kat blog dia. =)
.
.
.
.
.
.
.
Idea tengah kering lagi. Malas nak membebel...

Monday, September 20, 2010

Tenang.Pantai.Ombak

Susah betul aku nak lelapkan mata akhir2 ni. Tapi time malam je la susah tidur. Siang senang je nak mengantuk. Kenapa aku susah nak tidur ekk? Maybe aku banyak berfikir pasal masalah aku. Dah dekat 2 jam aku paksa mata aku untuk lelap. Still tak terlelap langsung. Aku siap letak selimut atas curtain bilik aku supaya bilik bertambah gelap. Tapi result, zero. Dalam aku berusaha nak lelapkan mata, aku teringat pantai.

Aku suka pantai. Pantai menenangkan even laut bergelora, ombak kuat. Tapi tak la kuat macam ombak tsunami or ombak yang kuat sampaikan ada amaran "Jangan berada di tepi pantai. Terima kasih". Agak2 la nak kata pantai menenangkan kalau keadaan macam tu. Aku suka dengar bunyi ombak menghempas pantai. Tenang. Even laut bergelora and aku tak bole main dengan ombak tu, aku suka duduk di tepi pantai. Angin yang sepoi2 bahasa melayu or bahasa china mendamaikan hati aku. Sambil tu bolehla tengok keindahan ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Cantik. Sunset lagi. Wah, best tahap gaban. Tengok ombak menghempas pantai, tapi pantai tetap di situ. Tak berubah. Pantai kuat menerima badai ombak. Ombak datang dan pergi. Lepas tu datang lagi. Pastu, pergi pulak. Datang. Pergi. Dan seterusnya....

Aku kaitkan pantai dengan manusia. Ombak pulak masalah. Manusia tak lepas dengan masalah. Semua orang ada masalah. Tak kira la masalah besar ke kecil. Tetap dikira masalah. Tapi manusia kenalah tabah menghadapi masalah. Ujian semua tu. Pasti ada penyelesaian. Penyelesaian yang manusia itu sendiri tentukan.

Beberapa bulan lepas aku hadapi masalah. Agak rumit bagi aku. Masalah peribadi ditambah dengan masalah study. Result exam aku tak begitu memuaskan sampai aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Then Kak Izzah ajak bercuti kat rumah dia. Dia janji nak bawa aku pergi pantai. Dengar je perkataan PANTAI, aku terus setuju even weekend tu aku ada kelas. Ponteng je la. Sekali je. Kak Izzah menepati janjinya dengan bawa aku dengan Kak Sirhan pergi pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Ayah Kak Izzah drive. Memang sporting giler la parents Kak Izzah.

----> ni la port kitorang <-----


Sampai je pantai, aku terus main dengan air pantai, ombak, pasir. Lukis-lukis atas pasir. 3 jam kot kitorang main pantai. Nasib baik port yang kitorang pilih tak ramai orang. Tak la malu sangat.
Happening sangat. Best bangat. Then aku berpeluang main dengan ular sawa. First time pegang ular. Wohooo. Geli. Tapi experience yang superb la.

Sekarang masalah baru pulak timbul. Berat kali ini. Apa yang terlintas kat fikiran aku sekarang ialah
NAK PERGI PANTAI !!!!!!!!!!!

Friday, September 17, 2010

What SHOULD I do?

Apa aku patut buat? IELTS result hancur. A-Level result pun hancur. Aku tak patut ada kat sini agaknya. Nampak sangat aku tak bersyukur. Aku dah tak kuat sekarang. Aku tak bole hadapi kegagalan dah. Selalu je aku gagal. Kenapa Allah uji aku dengan dugaan macam ni? Mungkin usaha aku tak cukup. Mungkin ini balasan atas kesalahan aku dahulu. Kalau diikutkan, pelbagai soalan akan timbul dalam fikiran aku ni. Persoalan2 yang menjauhkan aku dari Allah. Buat sakit kepala je. Jawapan bagi persoalan yang timbul dalam fikiran aku dah Allah nyatakan dalam Al-Quran.

Nak retake IELTS? RM500. Berbaloi ke?

Kalau guna duit JPA, tinggal la kat aku RM1000 for 5 months after aku guna RM600 for retake A-Level and RM500 for retake IELTS. Cukup ke?

Solution : Istikharah. Semoga dapat petunjuk.

Thursday, August 26, 2010

Personal Taste punya pasal




Oh tidak!!!! Bangun lewat lagi. Dah 3 kali dah semester ni, aku bangun lewat untuk ke kelas.
Kali pertama ::
Aku terjaga pukul 9.30 pagi. Dengan tak mandi aku aku terus pecut ke kelas. Pukul 9.45 baru aku sampai kat kelas. Malu seh, dengan muka yang obvious sangat baru bangun tidur. Pastu, habis kelas aku terus pergi buat gambar pasport. Semestinya la dengan muka tak mandi aku tu. Tapi aku kesah apa. Bukan orang tahu pun aku tak mandi bila tengok gambar tu.

Kali kedua::
Kelas start pukul 8.00, aku terjaga pukul 8.30. Tambah tolak bahagi, maybe aku akan sampai kat kelas pukul 8.45. Separuh kelas aku akan burn. So, baik tak payah pergi. Tidur lagi bagus. Heaven je rasa bila dapat tidur padahal rakan2 seperjuangan yang lain tengah berjuang memfokuskan minda dengan lecture BIOLOGY. Memang aku tak ada perasaan bersalah langsung.

Kali ketiga::
Pagi tadi, kelas start pukul 9.30, aku bangun pukul 10.00. Sama je keadaan macam kat atas. Tapi kali ni aku rasa bersalah sangat tak pergi kerana hari ni ada experiment main cucuk2 dengan snail @ siput b##i @ siput khinzir dengan bahasa yang sopan. Rugi siotttt. Bukan selalu dapat tawaran free mendera binatang dalam bulan puasa ni. Ni mesti sebab aku tidur lewat semalam marathon drama korea PERSONAL TASTE sorang2. Pastu aku pegi la jugak kelas math. Kawan aku pula announce kelas chemistry tak ada. Siooottt sekali lagi. Kalau aku tau, sah2 aku sambung je berlingkar atas katil. Pegi kelas math pun bukan aku belajar sangat (macam la kelas lain aku concentrate belajar), siap nyanyi lagu raya lagi dalam kelas. Raya ada la 2 minggu lagi. Nampak sangat aku ni golongan budak2 tadika.

Ni la antara disadvantages bila tak dapat serumah dengan rakan2 sebaya. Takda sesapa pun dapat kejutkan aku bangun pegi kelas.Haila..Haila....

Monday, August 23, 2010

kenormalan aku diragui

Perrrggghhh...kebal gak mata aku ni.dah la semalaman aku tak tido, pastu bole je aku concentrate dalam kelas tadi. Tak rasa ngantok. Padahal before ni pun even tido overdose cukup, aku still ngantuk dalam kelas. Kenapakah? Aku malas nak jawab.
Normal tak aku ni? Aku malas nak jawab jugak.

*tetiba kedengaran lagu showdown BEP, ringtones nset aku*
Kak Syariza called. Rindu kat dia. Esok dia datang waktu sahur. Terima tetamu awal2 pagi. Murah rezeki. Aminnn.....Malam ni nak buat kek batik untuk dia, taktau bila lagi dia dapat rasa my delicious kek batik. Tapi tak best gak, dia datang waktu sahur, then pukul 8 dia dah blah. Lama tak rasa long chat dengan dia.
Aku dah bole bercakap normal sekejap

Hari ni birthday my BFF, NAJLAA masa kat sekolah lama dulu. Aku memang ingat2 lupa birthday dia. Tapi kalau tetiba dia called aku dalam bulan August, aku straight away la wish HAPPY BIRTHDAY kat dia. HAHA, aku memang kawan yang kurang berguna. Dia ada call tadi, macam biasa la. HAPPY BIRTHDAY!! Had long chat dengan dia. Memang aku rindu hang gila2. Dah dekat setengah tahun tak jumpa dia. This week, aku sibuk dengan phone call dari dia. So, jangan jeles nak kacau our long distance relationship. WUAHAHA
Aku dah start tak normal agaknya

Aku agak makan dalam la even sekarang bulan puasa, soalan yang begitu susah nak dijawab oleh budak2 batch aku kat UCSI ni. Takde sesapa dapat jawab soalan ni dengan jawapan yang betul lagi tepat. Dah 2 bulan dah. Soalan ni masih membuatkan batch aku study dengan tak cukup vitamin.

BILA ELAUN JPA NAK MASUKKKKK?????!!!!!!!!



aku rasa tak normal dah...

Afifah = berbudi bahasa,sopan.....*betul ke PAH?*

Sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah Yang Hakiki.

Cukup memberi kesan dihati...

Ucapan "aku tak mampu Ya Allah" biasa terkeluar dari hati kita..

Rintihlah pada Illahi..

Kerana Dia sememangnya menanti rintihan hambaNya..

Andai tidak ditimpa ujian ini, adakah kita akan mengingati Allah?..

Tanyalah iman, kerana dia bisa menberi jawapan yang paling jujur..

Tidak Allah timpakan ujian melainkan kita mampu menghadapinya..

Dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menggantinya dengan yang lebih baik..

Nantikan hikmahNya..

Pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan.

p/s :: my BFF bagi 6 bulan lepas. Memang membantu aku buang stress. Thanx PAH. Sayang hang..^_^

Saturday, August 14, 2010

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Di sebalik kesusahan tu, kita akan terasa kebahagiaan apabila kita menyedari yang kesusahan itu menunjukkan kebenaran.

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Waktu inilah kita akan mencari family kita. Dan waktu inilah kita akan tahu betapa kita saling memerlukan. Kita akan lebih menghargai talian kekeluargaan.

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Waktu inilah kita akan tahu siapa kawan susah dan senang kita. Mencari kawan ketawa bersama senang, tetapi untuk mengetahui kawan semasa susah, memang payah. Waktu ni lah kita menghargai kawan2 sekeliling kita.

Bila kita ditimpa kesusahan, janganlah mengeluh. Inilah masa untuk kita mengenali diri kita sendiri. Mencari kelemahan diri dan perbaiki kelemahan itu menjadi lebih baik. Dan kekuatan yang kita ada tapi kita kurang menyedarinya, bolehlah kita gunakan kekuatan itu.

Bila kita ditimpa kesusahan. janganlah mengeluh. ALLAH kan ada. ALLAH sentiasa bersama kita. Ditimpa kesusahan adalah salah satu ujian dari-NYA. Ini membuktikan ALLAH sayangkan kita dan mengingati kita. Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada.

Bila kita ditimpa kesusahan. janganlah mengeluh. Waktu inilah kita dapat merapatkan hubungan kita dengan Yang Maha Mendengar, ALLAH SWT. Kita boleh berdoa kepada ALLAH. Signal untuk berdoa kepada ALLAH ada di mana2. Wireless lagi. Tidak perlu bayar bulan2. Doa senjata orang mukmin.

Bersyukurlah kepada ALLAH dengan apa yang kita ada.........

Tuesday, July 27, 2010

love is complicated

korang paham tak LOVE is cOmpLiCateD....
.
.
.
.
.

sampaikan aku taktau nak describe macam mana..

Wednesday, July 21, 2010

DeCoRatE biLik

Dah tiga minggu semester baru dibuka,

Hikayat aku sepanjang 3 minggu ni ::

  • aku tinggal dengan juniors,
  • dah start belajar balik and sudah habis pun satu topic biology,memang cepat gila, aku taktau lecturer tu kena kejar dengan hantu apa. Hantu buku text biology kot. Memang aku tak sempat nak hadam lagi apa2 ilmu biology yang lecturer cakap dalam kelas tu. Tapi yang pasti fikiran aku tengah melayang-layang seperti wau bulan melayang-layang time pesta wau international bila lecturer tengah meng'lecture di depan. Kenapa la cepat sangat padahal semester ni semester yang agak panjang la. Mau tak panjang, cuti pun ciput.
  • Mathematics pun lebih kurang 2x5, 5x2 la dengan Biology.
  • Yang best subjek Chemistry. Memang lepak melepak la. Cool je. Tapi keburukannya, tunggu la time nak dekat trial exam nanti.
And baru hari ni aku kemas bilik aku yang agak macam tongkang pecah padahal aku taktau macam mana rupa tongkang pecah tu. Ada bahan2 terbuang tu, aku buat decoration dalam bilik. Seperti lecturer Chemistry aku selalu kata, "We must support towards GREEN CHEMISTRY". Yeah, teacher!

Buat balik notice board aku yang dicuri hari tu. Memang bongeksss with capital B la untuk orang yang mencuri notice board kesayangan aku tu. Kenapa la curi notice board, lain kali curi la microwave ke, rice cooker ke, kettle ke. Ni yang aku pelik and sampai sekarang aku tak dapat nak fikir sebab munasabab yang sahih lagi tepat kenapa notice board??? Dah la notice board tu ada super duper high sentimental value bagi aku..T_T

Agak 2 jam gak la aku kemas bilik aku. But I think, there will be more decoration need to add. Membazir je. Dah la ni last semester. Tak payah la...
*agak2 kalau aku decorate bilik aku jadi camni, best tak??