Monday, August 1, 2011

Ahlan wasahlan Ya Ramadan

Ahlan wasahlan Ya Ramadan. Alhamdulillah, syukur kerana Allah memberi peluang untuk kita bertemu dengan Ramadan lagi tahun ni. Alhamdulillah sudah pun berlalu 1 Ramadan dengan selamatnya. Tak sempat pergi bazar Ramadan sebab abis kerja pukul 6. Mula-mula plan nak blah pukul 5, tapi budak yang kerja dengan aku (sampai sekarang aku taktau nama dia) ajak bungkus jeruk asam semua. Takpe, esok masih ada.

Back to the topic...
Apabila bermulanya Ramadan, kita dapat merasakan aura yang membuatkan kita hendak menambahkan amal ibadat. Bulan-bulan lain tak terasa la sangat. Mungkin kerana bulan Ramadan bulan yang penuh barakah. Pahala berlipat kali ganda. Tapi nak diingatkan, semua itu hendaklah lillahitaala bukan kerana benda lain.

Azam Ramadan tahun ni... 
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas dengan menambahkan amalan zikir, solat sunat, habiskan 30 juzuk Al-Quran dan amalan-amalan sunat lain. Semoga Ramadan dapat menjadikan kita lebih bersyukur, bersabar and istiqamah dalam amal ibadat. Rasulullah S.A.W  bersabda yang bermaksud :" Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar." (Riwayat Ibn Majah)
So jangan sekadar beroleh lapar dan dahaga.
Renung-renungkan....


Ceritera Stesen Bas 1

Assalamualaikum...
Banyak benda yang aku nak update kat blog ni. Semua pasal diri aku sebab takda maknanya aku nak cerita pasal orang lain. Itu dinamakan mengumpat. Bulan puasa plak ni, tersangat la dangerous kalau buat kerja-kerja mengumpat ni. Anyam ketupat boleh la tapi tak terlalu awal ke untuk ketupat?


First thing yang aku nak berhikayat ialah aku dah berenti kerja sebagai PA kat butik Nana Unggul Ent. Sebab musabab yang munasarawak ialah PakNgah aku offer kerja kat kedai dia. Disokong MakNgah aku sebab dia bimbang aku kerja kat bangunan yang tak cukup lampu tu. Kelam semacam je macam bangunan tinggal. Mak Abah aku turut setuju komen pihak pencadang. Aku sebagai anak yang mendengar kata, turut je la. Lagipun aku simpati dengan bos butik sebab terpaksa bayar gaji aku ikut agreement padahal sebulan lebih kerja aku lepak-tido-bazir bil elektrik butik dia.


Kerja baru aku kat kedai magazine-newspaper-comic bertempat dalam stesen bas Shahab Perdana. 15 minit dari rumah aku. Tugas aku sebagai cashier and gadis pembungkus gulagulajerukasamkacang. Setiap apa yang aku bungkus dalam plastik turut juga terbungkus dalam perut aku.


Bulan puasa ni kerja membungkus kureng sikit. Jadi, aku khatam semua majalah dalam kedai tu. Majalah paling best ialah majalah Solusi. Baca majalah ni rasa macam dengar usrah Kak Afni and MakCik Ani.I missed that time. Penuh dengan informasi kerohanian. Solusi memang superb. Tersangat la aku terrajin nak recommend kat hangpa semua.

Majalah Solusi Edisi 34 (Isu Bumper)

Sepanjamg 2 minggu aku kerja kat situ, tersangat la macam macam jenis ragam manusia yang dapat aku lihat. Aku takkan ceritakan kat dalam post ni sebab takut post ni jadi panjang berjela-jela melebihkan esei SPM Bahasa Malaysia. Benda paling best kerja kat tempat ramai orang ni ialah dapat tengok macam-macam brand jejaka Malaya yang hensem2. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah swt. Attention to Amal and Aina and Farah,,, korang jangan jelesss ye.
Dalam ramai-ramai tu, aku tersangat lah tertarik dengan pelajar-pelajar *kata ganda yang menunjukkan bilangan yang ramai* lelaki Kolej Universiti Insaniah (KUIN) 

Etika pakaian KUIN

Semua hensem2 sebab muka dorang nampak bersih and sedap je mata memandang.
Balik kerja je aku cakap kat bonda aku, "Mak, carikan bakal suami chek ustaz tau. Senang je nak cari, pi cari kat Insaniah". =)

Wednesday, June 29, 2011

Love at 1st sight

Assalamualaikum  and hi to my followers, readers.
Hari ni tetiba terfikir nak bocor satu rahsia kat korang. Korang percaya tak dengan love at first sight? Maksudnya kita terjatuh cinta dengan stranger, orang yang kita tak kenal tapi kita rasa macam ada attractions kat stranger tu. Itu la yang aku rasa. Love at first sight. Rahsia yang aku simpan and tak pernah pun aku cerita kat sesapa sebab rasa macam tak penting pun.
Story ni bermula masa hari pertama aku menjejakkan kaki aku kat MRSM Kubang Pasu (KP). FYI, aku ni budak transferred from MRSM Merbok. Time tu aku Form 5. Memang aku tak kenal sesapa pun kecuali kawan-kawan MRSM Merbok yang di transfer ke MRSM KP. Hari aku daftar MRSM KP, petang tu ada KoKu. Semua wajib pakai baju riadah sebab ada latihan sukan mengikut kelab sukan. Aku yang tak tahu apa-apa ni, duduk je la kat assembly area sambil menonton pelajar-pelajar lain main games. And tetiba  
 aku terpandang, tertentang mata dengan sorang mamat ni. Aku rasa kami bertentang mata ada la dalam setengah minit. =). Dia dengan muka hairan, aku dengan muka blurr sebab aku tak tahu kenapa dia pandang aku. Maybe dia hairan sebab tak pernah tengok muka aku kot. Pastu dia, pusing belakang and aku ternampak nama kat baju bola yang dia pakai. Terus aku tersenyum. ^^
Pastu malam tu, ada la sorang classmate aku, yang baru kenal tak sampai 24 jam tetiba tanya,”Hang rasa kan, first day hang kat maktab ni, hang tengok siapa budak paling hensem?” Memang cepu mas punya soalan la. Aku pun cakap la nama budak tu and classmate aku cerita la hikayat budak tu and pesan kat aku, “ Okay, tapi hang jangan mengharap sangat sebab dia tu dah berpunya”. Aku cakap yang aku hanya terminat kat budak tu sebab muka dia tenang and sedap mata memandang. And aku tak pernah pun terfikir pasal perasaan cintan cintun ni.

Love at first sight kan… Mana boleh nak mengharap lebih sebab kita tak kenal dia and dia pun tak kenal kita. Kadang –kadang kita terjumpa kat tepi jalan, kadang-kadang kat memana la. Tu la sebab kita tak boleh nak mengharap lebih kecuali kalau kita akan selalu jumpa budak tu after tu. Tapi aku tak mengharap kat mamat tadi sebab dia dah berpunya, and perbezaan kami macam langit dan bumi.
Pagi-pagi dah jiwang