Ahlan wasahlan Ya Ramadan. Alhamdulillah, syukur kerana Allah memberi peluang untuk kita bertemu dengan Ramadan lagi tahun ni. Alhamdulillah sudah pun berlalu 1 Ramadan dengan selamatnya. Tak sempat pergi bazar Ramadan sebab abis kerja pukul 6. Mula-mula plan nak blah pukul 5, tapi budak yang kerja dengan aku (sampai sekarang aku taktau nama dia) ajak bungkus jeruk asam semua. Takpe, esok masih ada.
Back to the topic...
Apabila bermulanya Ramadan, kita dapat merasakan aura yang membuatkan kita hendak menambahkan amal ibadat. Bulan-bulan lain tak terasa la sangat. Mungkin kerana bulan Ramadan bulan yang penuh barakah. Pahala berlipat kali ganda. Tapi nak diingatkan, semua itu hendaklah lillahitaala bukan kerana benda lain.
Azam Ramadan tahun ni...
Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas dengan menambahkan amalan zikir, solat sunat, habiskan 30 juzuk Al-Quran dan amalan-amalan sunat lain. Semoga Ramadan dapat menjadikan kita lebih bersyukur, bersabar and istiqamah dalam amal ibadat. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :" Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar." (Riwayat Ibn Majah)
So jangan sekadar beroleh lapar dan dahaga.
Renung-renungkan....


