Kem Sri Raudah, Gombak.
Tepi kem ni waterfall, air paip pun sumber dari waterfall ni.
Memang sejuk segar la bak kata junior aku.
Rasa macam nak tidur dalam waterfall.
Peserta muslimah semua budak medic UKM kecuali kami 3 orang. Muslimin pun kebanyakan budak medic UKM and rasanya ada seorang dua bukan budak medic UKM. Budak kolej kitorang paling muda 18-19, peserta UKM pulak antara umur 22-24.
Best kem ni. Terpikir kenapa la kolej aku tak anjurkan program rohani and fizikal macam ni.Aktiviti yang paling aku enjoy explorace and jungle trekking. Explorace kitorang pasal sirah Nabi. Tersangat la aku rasa jahil as kebanyakan soalan sirah aku tak tahu. So, aku jadi volunteer untuk setiap permainan kat checkpoint. Satu checkpoint ni kena cari guli dalam kolam yang kedalamannya setinggi ketinggian aku. Even aku tak reti berenang, aku volunteer diri sebab rasa bersalah biar kakak-kakak geng aku jawabkan soalan sirah.
Jungle trekking best giler. Kitorang daki sampai ke waterfall paling tinggi. Air sejuk giler ditambah pulak air tu bersih lagi. Aku tak terjun la sebab aku tak bawa baju lebih. Kakak-kakak yang lain terjun je even tak bawa baju lebih. Aku hanya menikmati keindahan alam di samping dengar bunyi air terjun. Waaa....nak pergi lagi!!
Lain-lain aktiviti slot bersama penceramah jemputan and bbq. Banyak info baru yang aku dapat. Satu slot yang dinamakan 'curhat' yang bermaksud curahan hati. Sedih time tu. Rasa hina sangat aku sebagai makhluk Allah. Kenapa la aku tak jadi macam kakak-kakak UKM tu. Tengok dorang rasa macam jeles sangat. Dorang betul ada ciri-ciri muslimah terbaik tapi aku.....
By the way, kumpulan aku dapat tempat kedua untuk kem ni. Syukran ya ukhti, kita menang....
Maasalamah wa ilalliqa'. InsyaAllah..