Agak lama aku tak update blog. Macam biasa, tahap kemalasan aku semakin naik tapi masih di tahap yang boleh diselamatkan lagi. Tambah-tambah sesi pembelajaran dalam kelas untuk program A-Level ni sudah tamat riwayatnya tanggal 10 Disember 2010. Tapi aku dengan rileknya telah buat cuti sendiri iaitu start 9 Disember 2010. Apa boleh buat, aku nak jimatkan masa aku. 10 disember ada satu kelas je, kelas Math Sir Derek yang super coolioo. Kalau aku pergi kelas je sama ja keadaan aku tak pergi kelas sebab still aku akan main-main macam kanak-kanak tadika dengan classmate aku yang super sengal jugak. Lagipun aku jatuh simpati dengan parents aku sebab nampak sangat dorang boring berkampung kat rumah aku. Biasa la rumah bujang, tv takdak. So, parents aku hanya makan dan tidur je duk rumah aku. Nasib baik ada anak sedara aku, Ecah. Boleh jadi penghibur Tokwan and Tokmak dia.
Sepatutnya aku study term break ni.Tapi buku A-Level pun aku tak sentuh lagi. Masih selamat landing dalam beg aku. Novel ada aku sentuh. Dah khatam pun.Petang tadi pun dah start merempit pergi kampung sebelah, jumpa rakan seperjuangan masa sekolah rendah dulu. Pergi bukan sebab rindu dia, tapi nak copy movies best yang dia download. Banyak betul. Berbaloi-baloi. Ada drama feveret aku,drama Korea and Japan. Silap tak bawa laptop, bawa pendrive je. Sempat copy tiga movie je. Esok akan aku angkut laptop aku ke rumah dia.
Rumah aku kat Kedah ni takdak internet sebab takdak sesapa pun yang guna internet dalam rumah ni. Nasib baik pak sedara aku murah hati bagi pinjam broadband dia. Akan aku guna broadband dia macam harta aku sendiri sebab aku akan bagi balik time dia mintak. Hahaha. Dia bukan lekat kat rumah selalu. Buat membazir je bayar tiap-tiap bulan tapi jarang guna. So, dengan adanya aku, berbaloi la dia bayar bulan ni.
Dapat juga aku online sekejap, update blog. Tak la boring sangat memerap dalam rumah. Ecah pun ada, boleh aku kacau hidup dia sepanjang term break ni. Kesian jugak aku tengok Ecah, tak boleh tenang sikit. Mesti aku and adik aku kacau dia sampai dia menangis.Kalau dia boleh cakap, mesti dia dah sumpah aku jadi barang mainan dia.
=)